Sunday, 1 September 2013

Hukum Penjara Pada Pihak Yang Hina Jalur Gemilang

Pihak berkuasa digesa tidak lagi bertolak ansur, sebaliknya mengambil tindakan tegas, termasuk mengenakan hukuman penjara terhadap mana-mana pihak yang menghina Jalur Gemilang.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan tindakan seorang aktivis propembangkang yang menggelarkan Jalur Gemilang sebagai "Jalur Temberang" amat tidak wajar dan biadap sekali dan jelas dipengaruhi kebenciannya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

"Sikap melampau itu perlu dibendung kerana Jalur Gemilang merupakan lambang dan maruah negara yang mesti dihormati dan bukan dicaci, dihina disebabkan berbeza fahaman politik. UMNO amat kesal dengan sikap aktivis propembangkang yang sekali lagi menimbulkan isu ini sepertimana yang dilakukan pada tahun lalu.

"Sikap dan pendirian mereka ini amat bertentangan dengan sikap bertolak ansur kerajaan selama ini yang terus mengadakan provokasi bagi menghina Jalur Gemilang demi untuk kepentingan pihak tertentu," katanya.

Ahmad berkata demikian sebagai mengulas tindakan aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais yang menggelarkan Jalur Gemilang sebagai "Jalur Temberang" pada Sambutan Malam Ambang Merdeka di Dataran Merdeka malam kelmarin.

Selain itu, Hishamuddin juga turut mendakwa tarikh 31 Ogos yang juga Hari Kemerdekaan sebagai "Hari Malapetaka", manakala bendera Sang Saka adalah bendera tradisi daripada Kerajaan Melayu Langkasuka.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan menambah, bukan sahaja Hishamuddin yang perlu dikenakan tindakan tetapi sesiapa sahaja yang terlibat mencemar dan menjatuhkan maruah Jalur Gemilang perlu dikenakan tindakan tegas kerana sudah sampai masa kerajaan bertindak tegas dalam isu menghina bendera dan lagu kebangsaan.

"Sikap berlembut dan bertolak ansur selama ini telah menjadikan sesetengah pihak bertambah kurang ajar dan biadap termasuk golongan pelajar yang berada di luar negara seperti yang berlaku di Taiwan sebelum ini.

No comments:

Post a Comment