Masih kisah isteri Mat Yo dan pengawal keselamatan.
Jika isteri Mat Yo mengeluarkan komen tentang kejadian di laman Facebook dengan mendakwa dirinya pihak teraniaya, seseorang yang mengaku sebagai isteri kepada saksi dari awal hingga akhir kejadian turut tampil memberikan komen.
Mengulas kepada kejadian yang dipercayai berlaku sebulan lalu dan diceritakan oleh suaminya, wanita ini menyatakan punca insiden adalah isteri Mat Yo meletakkan kereta di tempat yang salah di Lapangan Terbang Skypark, Subang.
Menurutnya pengawal keselamatan terbabit telah memberi peluang untuk parkir kereta di tempat berkenaan selama selama 10 minit tetapi selepas 15 minit berlalu, isteri Mat Yo masih tidak berganjak.
Ini membuatkan pertengkaran tercetus antara mereka dan berakhir dengan bahasa kasar malah isteri Mat Yo didakwa telah menendang pengawal keselamatan berkenaan kerana tidak dapat menahan geram.
Dikhabarkan, isteri Mat Yo mengeluarkan telefon bimbit dan mula merakam untuk menyaman pengawal keselamatan tersebut namun kejadian dikatakan turut dirakam oleh CCTV di tempat kejadian.
Apa pun, semoga segalanya berakhir secara baik dan jernih. Biasalah apabila tengah marah kadangkala kita kehilangan sabar dan tidak maksudkan apa yang dicakap atau dilakukan.
Apatah lagi, punca kejadian terlalu remeh dan boleh dibawa berbincang. – REM RAMZI
No comments:
Post a Comment