Tuesday, 10 September 2013

ISU KALIMAH ALLAH:Mana Pencacai pencacai ni pegi?


Sebak melihat rakan-rakan yang berada di perkarangan mahkamah di Putrajaya hari ini. Hujan sejak pagi tidak sedikit pun melunturkan semangat mereka untuk terus sama-sama memberi sokongan mempertahankan kalimah Allah.

Selain politikus, ahli NGO dan individu sama-sama datang. Ada yang mengambil cuti, ada yang tidak berniaga, ada yang bawa anak-anak datang jauh dari utara atau pun selatan tanahair - semuanya mempunyai aspirasi dan matlamat yang sama. 

Cuma saya hairan, sebelum ini ada puak-puak ghairah berhimpun kononnya untuk berjuang menegakkan keadilan. Mereka juga pernah berduyun-duyun ke mahkamah untuk mempertahankan pemimpin yang berhadapan kes moral.

Mereka juga pernah terpekik terlolong memaki hamun polis, malahan sanggup baring beramai-ramai di atas jalan atas sebab kononnya mahu berjihad menegakkan demokrasi yang dikatakan sudah mati di negara ini.

Hari ini adalah hari penting untuk umat Islam di Malaysia, kesucian agama dan akidah anak-anak serta generasi masa hadapan menjadi taruhan. Jadi kota fikiran saya berlegar-legar dengan pertanyaan ini:

Ke mana mereka-mereka ini? Tidak terjentik ke naluri mereka untuk sama-sama berkongsi perjuangan memelihara kesucian agama?

No comments:

Post a Comment