Friday, 13 September 2013

Kalimah Allah: Siapa yang hipokrit?

Nampaknya pembangkang terutamanya Pas semakin terkesan dengan kecaman pelbagai pihak ekoran sikap dolak-dalik mereka dalam isu kalimah Allah. 

Bila ditanya kenapa tiada seorang pun pemimpin mereka muncul di mahkamah untuk setidak-tidaknya bersama menyokong mempertahankan kalimah Allah, jenuh mereka 'bersilat' mencari alasan.

Alasan paling mudah untuk mencuci tangan ialah mengatakan "Ini sebenarnya semua salah UMNO" - taktik lapuk yang paling digemari pembangkang setiap kali berdepan masalah. Ada sahaja helah untuk mencari salah orang lain demi menutup kelemahan diri sendiri. 

Tidak hairanlah, sejak dua tiga hari ini, penyokong meniup propaganda kononnya isu ini semuanya angkara UMNO. Parti yang dilihat paling ke hadapan mempertahankan kalimah Allah pula dicop sebagai hipokrit, malah ada yang melabel BN sebagai parti syaitan kerana memainkan isu ini.

Pembangkang memanipulasi sepenuhnya laman sosial dengan memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala pada 15 Mac 2013 mengenai kerajaan bersetuju mengeluarkan kitab Injil yang diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia. 

Dalam kenyataan Idris Jala itu, beliau hanya menyebut "...membenarkan kitab injil yang diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia.." dan tiada langsung mengatakan perkataan 'God', 'Jesus' atau 'Lord' boleh diterjemah sebagai 'Allah'.

Paling menjengkelkan, puak-puak ini langsung tidak menyebut mengenai kenyataan-kenyataan pemimpin pembangkang yang sebelum ini terang-terangan menyokong kalimah Allah juga digunakan oleh bukan Islam.

Anda lihat sahajalah kenyataan pemimpin-pemimpin ini. Kalau kerajaan dicop sebagai hipokrit dalam isu kalimah Allah, pemimpin-pemimpin ini pula mahu dicop sebagai apa?

No comments:

Post a Comment