Sunday, 1 September 2013

KETUA PEMUDA MIC BARISAN NASIONAL MENDESAK MENTERI UMNO TENGKU ADNAN LETAK JAWATAN......


Ketua Pemuda MIC, T. Mohan yang ditahan polis hari ini kerana membantah perobohan kuil hindu di jalan P Ramlee menuntut Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Tengku Adnan Mansor meletakkan jawatan.

Katanya Tengku Adnan langsung tidak mencerminkan kredibilitinya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar apabila membenarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membina dinding dalam kuil tersebut sekaligus merobohkan tempat sembayang kaum itu.

"Kita mahu ( Tengku Adnan) letak jawatan, beliau langsung tidak layak jadi menteri, beliau seorang yang kejam kerana tidak mengendahkan permintaan kaum India untuk tidak menyentuh kuil ini dia tidak hormat kepada kita,"Katanya.

Yang dia ni kalut sangat tu pasai apa ? Bukankah kerja-kerja tersebut bertujuan untuk mengalihkan sementara patung di kuil tu sementara kerja-kerja penyelenggaraan struktur jalan di buat.

Inilah masalahnya puak-puak komponen dalam BN sekarang BANGANG sepatutnya merekalah yang menjadi pemimpin atau orang hubungan dengan masyarakat bagi memberikan pencerahan yang sewajarnya dengan tindakan-tindakan pihak-pihak kerajaan khususnya dalam memberikan keselesaan kepada rakyat !

Bukannya jadi BARUA kerana kepentingan diri dan nak cari publisiti murah !

Kepada kepimpinan negara harap jangan sesekali ambil T.Mohan ni jadi pegawai kerajaan sebab akai ada tak mau guna !!

No comments:

Post a Comment