Laman Menjual Maruah Perempuan Melayu
Kononnya dia menguruskan laman untuk wanita mencari jodoh.
Namun ramai pelayar mengesyaki, majoriti gambar dipaparkan di laman terbabit diciluk dan diguna pakai tanpa kerelaan pemilik gambar.
Berikut antara komen dihantar oleh pelayar alam maya kepada pengendali laman terbabit.
Melihat catatan status dimuatnaik, pengendali seperti mempermainkan status dan maruah diri gadis dan wanita terbabit. Barangkali mereka tidak mempunyai saluran untuk mengadu.
Saya pernah menghantar mesej kepada pengendali sebelum ini dan berikut responnya.
Lazimnya, individu menyamar di alam maya sentiasa berasa orang lain juga bertindak seperti dia.
Kepada mereka yang gambar dipaparkan tanpa redha sekaligus disalahgunakan oleh pegendali laman terbabit, sila emel saya di mazidulakmal@yahoo.com
Kepada pembaca blog ini, bantu saya untuk mengingatkan pengendali laman Agen Pencari Jodohagar memberhentikan kegiatannya dengan kadar segera. Komen dilontarkan seorang individu barangkali tidak didengarnya, jika ramai mendesak, In Sha Allah dia pasti akan mengubah fikiran.
Saya amat yakin dalam jangka waktu terdekat, identiti pengendali akan dapat didedahkan. Laporan polis telah dibuat oleh seorang daripada mereka menjadi mangsa di laman sama.
KEMASKINI
Bagi pengendali laman Agen Pencari Jodoh (AAS), memuatnaik gambar ramai gadis dan wanita tempatan, majoriti berbangsa Melayu hanya sekadar kegiatan main-main. Itu mesej dihantar kepada saya sebelum dia menutup laman menimbulkan kemarahan ramai.
Saya difahamkan oleh sumber berkredibiliti, pihak berkuasa masih meneruskan usaha mengesan pengendali itu berikutan laporan polis dibuat oleh seorang daripada mangsa.
No comments:
Post a Comment