Monday, 16 September 2013

Layakkah Chin Peng Digelar Pejuang Kemerdekaan?


``Pada hari Malaysia ke-50 tahun, kita kehilangan seorang patriot yang telah berjuang untuk kemerdekaan negara. Bersemadi dengan aman Chin Peng)."

Itu Tweet terbaru Naib Presiden PKR atau lebih dikenali sebagai 'pakar demonstrasi', Tian Chua.

Apa yang ada dalam kepala otak pemimpin ini sehingga mahu mengangkat Chin Peng sebaris dengan pejuang kemerdekaan? 

Ketika anggota polis kita mati dibunuh dengan kejam oleh pengganas Sulu di Sabah, pemimpin mulut celupar ini menuduh pertumpahan darah yang berlaku adalah satu sandiwara. Kini dia dengan bangga menyanjung pengganas Chin Peng atau lebih dikenali sebagai ‘Butcher of Malaya’ atau Penyembelih Malaya sebagai hero negara?

Kegilaan apa ini? Waraskah Tian Chua ini?

Jika Tian Chua dan rakan-rakannya tidak mahu mengakui fakta sejarah sekalipun sehingga mahu menukarnya, tetapi mereka perlu ingat, mangsa kekejaman Chin Peng ada lagi yang masih hidup. Ada yang terlantar lumpuh seumur hidup.

Bagi mereka yang terkorban pula, keturunan mereka masih ada sehingga hari ini dan masih tidak mampu memaafkan lelaki durjana yang menumpahkan darah ribuan askar Melayu, Cina dan India.

Apa kata Tian Chua ambil sedikit masa dan pergi bertemu ahli keluarga mangsa kekejaman komunis dalam peristiwa Bkt Kepong dan kata kepada mereka "Maafkanlah Chin Peng, dia adalah hero kemerdekaan"

Tergamakkah Tian Chua?

No comments:

Post a Comment