Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli beriya-iya benar mencabar Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk berdebat isu kenaikan harga minyak. Rafizi cuba menggambarkan Khairy itu seorang pengecut kerana tidak berani untuk bercakap mengenai isu-isu rakyat.
Apabila diajak berdebat di Parlimen, Rafizi enggan. Katanya, biar dibuat secara terbuka, biar rakyat jelas dan menilai. Kata Rafizi lagi, rakyat berhak untuk mengetahui isu-isu semasa yang membelenggu kehidupan mereka. Rakyat juga katanya, mahu supaya nasib mereka diberi pembelaan.
Tetapi jika benar Rafizi begitu tersentuh dengan masalah-masalah rakyat, ada baiknya beliau jenguk dan turun padang mendengar keluhan rakyat marhaen di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang terlebih dahulu.
Kenaikan 100 peratus tarif air di Pulau Pinang, kenaikan cukai pintu dan kadar bayaran parkir di Selangor dan isu pengambilan tanah-tanah rakyat di Kelantan. Semuanya menimbulkan kegelisahan rakyat. Itu belum termasuk rungutan bersabit janji-janji pilihan raya pembangkang yang belum tertunai sehingga hari ini.
Justeru, mungkin ada baiknya jika Rafizi 'berdebat' dahulu dengan mereka-mereka ini. Mereka ini juga adalah rakyat marhaen. Mereka juga memerlukan pembelaaan.
Berdebatlah dengan rakyat dulu
No comments:
Post a Comment