Friday, 20 September 2013

PENYOKONG PAKATAN PEMBANGKANG BOLEH BAWA ISU CHING PENG KE MAHKAMAH


Jika berkeras dengan keputusan kerajaan dalam isu Chin Peng, penyokong dan pemimpin Pakatan Pembangkang boleh membawa terus ke mahkamah dalam mencabar keputusan kerajaan itu.

Ini susulan daripada ketegasan kerajaan menghalang jasad bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng disemadikan di Malaysia.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut menafikan dakwaan kerajaan telah melanggar perjanjian damai dengan PKM di Hatyai, Thailand pada 1989 ketika membuat penegasan berkenaan.

Berhubung perkara tersebut, beliau mengingatkan pihak yang berterusan 'berjuang' untuk membawa pulang jasad Chin Peng ke negara ini bahawa pemimpin komunis itu tidak pernah melakukan sebarang tindakan ke arah untuk menjadi warganegara Malaysia sepanjang setahun perjanjian itu dimeterai.

''Itu tidak benar (dakwaan kerajaan melanggar perjanjian damai di Hatyai), sebab saya sudah semak perjanjian itu, Chin Peng telah diberi peluang memohon sebagai warganegara dalam tempoh setahun.

''Tetapi dia enggan berbuat demikian dan tidak melakukan apa-apa tindakan ke arah untuk menjadi warganegara dan dengan ini hak dia sudah luput,'' katanya.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang tinggal di Thailand mati di sebuah hospital di Bangkok pada pukul 6.20 pagi, Isnin lalu akibat sakit tua.

Sepanjang mengetuai komunis semasa zaman darurat pada 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1989, pelbagai kekejaman dilakukan Chin Peng serta pengikutnya terhadap anggota keselamatan negara serta orang awam.

''Chin Peng bertanggungjawab membunuh beribu-ribu tentera, pegawai polis dan orang awam. (Pertimbangan) perlu dilihat dalam konteks itu,'' tegasnya.


Kepada soalan sama ada kerajaan akan menghantar wakil untuk penghormatan terakhir Chin Peng di Thailand, ujarnya, kerajaan tidak memberi penghormatan kepada orang yang telah membunuh beribu-ribu nyawa.

No comments:

Post a Comment