Monday, 2 September 2013

Pic:Neelofa Bercuti Sambil Sambut Merdeka Di London

Neelofa


Kuala Lumpur - Adat menjadi seorang selebriti terkenal. Ke mana saja mereka berada pasti akan menjadi perhatian.

Maklumlah sajalah cantik dan menjadi perhatian kini, Neelofa ketika ini sedang menikmati musim pra-luruh di kota London.

Tujuan dia pergi ke sana tidak dapat disahkan.

Portal Murai.com.my sekadar ingin berkongsi cerita ini untuk pembaca Murai dan terutama sekali peminat kepada pelakon dan pengacara sensasi ini.

Dia dipercayai telah berlepas ke kota London pada 28 Ogos lalu, ditemani seorang pereka fesyen dari label Wanpa.

Dilihat agenda yang menjadi aktiviti Neelofa di sana adalah membeli-belah selain sempat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-56 bersama beberapa rakyat Malaysia yang berada disana.

Ada beberapa keping foto merakamkan Neelofa bergambar dengan ikon fesyen Datin Ezurin berlatarbelakangkan bendera Malaysia.

Jom kita layan gambar-gambar yang di muat naik oleh Neelofa di laman Instagramnya untuk tatapan peminat semua! -Murai.com.my

No comments:

Post a Comment