Tuesday, 3 September 2013

TAHNIAH PDRMsia AMBIL TINDAKAN TEGAS PADA BERUK-BERUK JALANAN NIE!!


Malam Merdeka rakyat bersuka ria menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 56 tapi masih ada pula puak yang cuba merosakkan pemikiran rakyat dengan penipuan BODOH yang tak masuk akal. Adakah Malaysia sebenarnya sudah Merdeka atau masih ada rakyat yang mempunyai pemikiran yang kolot dengan sejarah Malaysia?

Sedih sekali kita lihat sekarang generasi muda yang masih terikut-ikut dengan penipuan sesetengah yang tidak bertanggungjawab. Dengan cara menanam pengisian yang tak berguna pada generasi sekarang dan tanpa memikirkan sesuatu mereka ini telah menjadi ikutan generasi sekarang.

Apakah matlamat mereka ini ingin menukar bendera Jalur Gemilang yang saban tahun kita gunakan sejak zaman Merdeka lagi. Mereka yang buta sejarah ini harus diheret ke muka pengadilan kerana mereka ini tiada sifat penyesalan dalam diri mereka.

GR ingin mengucapkan tahniah pada pihak Polis kerana mengambil langkah yang drastik pada perlaku yang tak der otak ini. Buat kerja bodoh yang syok sendiri tapi bercakap satu dunia seolah-olah seluruh rakyat Malaysia menyokong mereka. BODOH PIANG punya orang!

Polis Kuala Lumpur telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat insiden mengibarkan bendera rekaan pihak tidak bertanggungjawab pada malam sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Jumaat lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh memberitahu Bernama hari ini bahawa pasukan khas itu akan menyiasat insiden itu daripada pelbagai sudut dan telah membuka kertas siasatan berhubung insiden itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata pihaknya akan memanggil kumpulan yang terbabit mengibarkan bendera rekaan itu untuk membantu siasatan.

Beliau berkata pihaknya masih belum mengenal pasti individu yang merampas bendera alternatif itu daripada kumpulan berkenaan seperti yang dilihat dalam klip video yang dimuat naik dalam laman YouTube.

Zainuddin berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.


Dalam pada itu, kita semua harus berterima kasih pada Menteri KDN sekarang ini kerana beliau bersungguh-sungguh memastikan keselamatan rakyat dan negara menjadi keutamaan. Lantaran ini BAJET KHAS disediakan untuk pasukan keselamatan membanteras jenayah. Syabas KDN dan PDRM kerana rakyat boleh menarik nafas sedikit lega kerana tindakan tegas yang diambil bukannya lagi amaran yang diperdengarkan pada penjenayah-penjenayah ni.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendapat peruntukan tambahan dalam Belanjawan 2014 bagi membanteras jenayah di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan bajet tambahan untuk PDRM bagi membanteras jenayah pada ucapan belanjawan. Sebelum itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah membantu kami untuk memberi kelulusan khas dari perdana menteri untuk membeli aset bagi kegunaan PDRM.

"Ini termasuk dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara yang mendapat kerjasama dari Jabatan Perdana Menteri dan AGC,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

GR nasihatkan kepada semua janganlah kita menjadi lupa diri sehingga segala nikmat yang kita nikmati kini ditarik kembali oleh Yang Maha Berkuasa. GR berharap kepada semua rakyat agar hayatilah dengan sepenuh hati,iklas kemerdekaan yang kita nikmati ini penuh dengan rasa bersyukur kerana negara kita kini kekal aman, kekal makmur dan dirahmati Allah SWT.

Bersyukurlah! Bersatulah! Kita semua dalam masyarakat Malaysia yang bersatu agar dapat dikekalkan kesetabilan dan kemakmuran negara. Merdeka! Merdeka! Merdeka!


GR kata: Kalau depa berani sangat nak tukar bendera, kenapa mamat yang berani cabut bendera tu depa tak berani nak tahan? Penakut gak diaorang nie..bukan ada telur pun! Hakktuihhhhh!!

No comments:

Post a Comment