Wednesday, 18 September 2013

Terserlah DAP Parti Komunis Mengagung Kan CHIN PENG

Sudah tiga hari Chin Peng meninggal dunia. Tetapi nampaknya YB Tian Chua dan rakan-rakan DAPnya masih marah-marah kerana kerajaan tak benarkan mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu balik ke Malaysia.

Tidak tahulah kalau Chin Peng itu idola YB Tian Chua, tapi dia betul-betul marah. Laman Twitternya tak putus-putus menghentam kerajaan dengan pelbagai macam alasan. Bagi Tian Chua, wama apa sekalipun, mayat Chin Peng mesti dibawa balik ke Malaysia. Tetapi mungkin kerana terlalu terbawa-bawa dengan amarah, alasan yang diberi menampakkan YB seorang ini tidak cerdik, malah kelihatan cuba memperbodohkan pemikiran rakyat.

Saya cuba dan singkap beberapa perkara yang dibangkitkan YB Tian Chua dan rakan-rakan pencinta Chin Peng.

1) Kenapa kerajaan benarkan 1,200 anggota PKM balik ke Malaysia dan disemadikan di Malaysia (tetapi tidak Chin Peng)? Tiada percanggahan?

Semua bekas pemimpin dan anggota PKM seperti Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh dibenarkan pulang dan dikebumikan di Malaysia kerana mereka memberi kerjasama kepada kerajaan, lama sebelum perjanjian antara PKM dan kerajaan Thailand di Hatyai. Mereka juga setuju menggugurkan ideologi mereka dan menyatakan sepenuh kesetiaan kepada Yang Dipertuan Agong - sesuatu yang Chin Peng tak sanggup lakukan. Malah, setahu saya, Chin Peng tidak pernah pun meminta maaf atas perbuatan kejamnya sehinggalah dia mati Isnin lalu.

2) Dalam perjanjian Hatyai, kerajaan minta Chin Peng tandatangani kesetiaan kepada Agong, kenapa tak minta Thailand buat perkara yang sama (isytihar kesetiaan kepada Agong)?

Ini bab paling melucukan. YB, apa pulak hendak dikaitkan sampai begitu sekali? Chin Peng ini mengaku orang tanah melayu, kalau itu benar, kenapa dia sanggup membunuh rakyat negaranya sendiri?. Kenapa susah sangat YB nak faham yang Chin Peng ini melakukan serangan bersenjata untuk menjatuhkan dan mengambil alih kerajaan. Itu pengkhianat negara namanya. Macam mana pula pengkhinat ini boleh diangkat jadi hero YB? Sepatutnya YB perlu tanya kenapa Chin Peng yang mengaku orang tanah Melayu tidak mahu menyatakan kesetiaan kepada raja? Adakah kerana raja itu Melayu?

3) Kalau Chin Peng bukan warga Malaysia (yang berhak untuk pulang), kenapa kerajaan berunding dengan penduduk Thailand? kenapa anggap pemberontakan komunis sebagai perang saudara?

Nampaknya YB lebih gemar untuk mengupas isu di permukaan, tetapi enggan atau segan-segan nak ulas isu pokok. Nampaknya Tian Chua masih sukar untuk mengakui hakikat bahawa Chin Peng dan konco-konconya cuba menjatuhkan kerajaan dengan cara bersenjata, membunuh, merogol dan menyiksa rakyat di negara yang konon dianggapnya sebagai tanahairnya sendiri. Tahukah YB berapa ribu nyawa terkorban akibat perbuatan komunis? Kenapa YB tidak sanggup hendak terima kenyataan bahawa Chin Peng dan konco-konconya mahu menjatuhkan sebuah kerajaan berdaulat yang dinaungi raja dan sultan Melayu? Kita bukan membenci Chin Peng kerana ideologinya, tetapi kegasanan dahsyat yang dilakukannya.

4) YB bangkitkan kenapa biarkan pengganas Sulu baru-baru ini dikebumikan di Sabah. Menteri berkenaan sebelum memberi alasan ia sebab-sebab kemanusiaan. (Kenapa tidak dalam kes Chin Peng)

Kenyataan sebegini sudah diagak. Tian Chua dan rakan-rakan DAP akan cari jalan untuk justified kenapa Chin Peng sepatutnya ditanam di negara ini. Tetapi YB, ramai percaya pengganas-pengganas beragama Islam itu dimanipulasi untuk menyerang Sabah, sama macam Chin Peng merekrut orang tanah Melayu untuk menjatuhkan sebuah kerajaan. Buat pengetahuan YB, tiada sesiapa pun menuntut mayat-mayat pengganas Sulu. Bagi orang Islam, mayat hendaklah dikebumikan dan saya percaya itulah erti "kemanusiaan" yang dimaksudkan oleh menteri berkenaan. Kalau hendak samakan Chin Peng dengan pengganas ini, anggap sahaja Chin Peng mati sebagai pengganas di Thailand dan biarlah dia disemadikan disana. Mudah bukan?

Nota kaki: Ada rakan yang meminta saya jangan layan sangat puak pecinta Chin Peng ini, keputusan kerajaan tidak benarkan mereka balik sudah memadai. Tetapi, saya bukan hendak 'melayan' mereka. Cuma saya mahu rakyat tidak buta hati untuk menerima fakta songsang mengangkat manusia durjana seperti Chin Peng ini sebagai hero. Cukup-cukuplah ada segelintir manusia yang tergamak memahkotakan manusia sekejam Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan. Setidak-tidaknya saya harap penjelasan ini membuka mata anak-anak bangsa saya supaya belajar menobatkan kebenaran dan menolak kebatilan.
Sudah tiga hari Chin Peng meninggal dunia. Tetapi nampaknya YB Tian Chua dan rakan-rakan DAPnya masih marah-marah kerana kerajaan tak benarkan mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu balik ke Malaysia.

Tidak tahulah kalau Chin Peng itu idola YB Tian Chua, tapi dia betul-betul marah. Laman Twitternya tak putus-putus menghentam kerajaan dengan pelbagai macam alasan. Bagi Tian Chua, waima apa sekalipun, mayat Chin Peng mesti dibawa balik ke Malaysia. Tetapi mungkin kerana terlalu terbawa-bawa dengan amarah, alasan yang diberi menampakkan YB seorang ini tidak cerdik, malah kelihatan cuba memperbodohkan pemikiran rakyat.

Saya cuba dan singkap beberapa perkara yang dibangkitkan YB Tian Chua dan rakan-rakan pencinta Chin Peng.

1) Kenapa kerajaan benarkan 1,200 anggota PKM balik ke Malaysia dan disemadikan di Malaysia (tetapi tidak Chin Peng)? Tiada percanggahan?

Semua bekas pemimpin dan anggota PKM seperti  Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh dibenarkan pulang dan dikebumikan di Malaysia kerana mereka memberi kerjasama kepada kerajaan, lama sebelum perjanjian antara PKM dan kerajaan Thailand di Hatyai. Mereka juga setuju menggugurkan ideologi mereka dan menyatakan sepenuh kesetiaan kepada Yang Dipertuan Agong - sesuatu yang Chin Peng tak sanggup lakukan. Malah, setahu saya, Chin Peng tidak pernah pun meminta maaf atas perbuatan kejamnya sehinggalah dia mati Isnin lalu.

2) Dalam perjanjian Hatyai, kerajaan minta Chin Peng tandatangani kesetiaan kepada Agong, kenapa tak minta Thailand buat perkara yang sama (isytihar kesetiaan kepada Agong)?

Ini bab paling melucukan. YB, apa pulak hendak dikaitkan sampai begitu sekali? Chin Peng ini mengaku orang tanah melayu, kalau itu benar, kenapa dia sanggup membunuh rakyat negaranya sendiri?. Kenapa susah sangat YB nak faham yang Chin Peng ini melakukan serangan bersenjata untuk menjatuhkan dan mengambil alih kerajaan. Itu pengkhianat negara namanya. Macam mana pula pengkhinat ini boleh diangkat jadi hero YB? Sepatutnya YB perlu tanya kenapa Chin Peng yang mengaku orang tanah Melayu tidak mahu menyatakan kesetiaan kepada raja? Adakah kerana raja itu Melayu?


3) Kalau Chin Peng bukan warga Malaysia (yang berhak untuk pulang), kenapa kerajaan berunding dengan penduduk Thailand? kenapa anggap pemberontakan komunis sebagai perang saudara?

Nampaknya YB lebih gemar untuk mengupas isu di permukaan, tetapi enggan atau segan-segan nak ulas isu pokok. Nampaknya Tian Chua masih sukar untuk mengakui hakikat bahawa Chin Peng dan konco-konconya cuba menjatuhkan kerajaan dengan cara bersenjata, membunuh, merogol dan menyiksa rakyat di negara yang konon dianggapnya sebagai tanahairnya sendiri. Tahukah YB berapa ribu nyawa terkorban akibat perbuatan komunis? Kenapa YB tidak sanggup hendak terima kenyataan bahawa Chin Peng dan konco-konconya mahu menjatuhkan sebuah kerajaan berdaulat yang dinaungi raja dan sultan Melayu? Kita bukan membenci Chin Peng kerana ideologinya, tetapi kegasanan dahsyat yang dilakukannya.

4) YB bangkitkan kenapa biarkan pengganas Sulu baru-baru ini dikebumikan di Sabah. Menteri berkenaan sebelum memberi alasan ia sebab-sebab kemanusiaan. (Kenapa tidak dalam kes Chin Peng)

Kenyataan sebegini sudah diagak. Tian Chua dan rakan-rakan DAP akan cari jalan untuk justified kenapa Chin Peng sepatutnya ditanam di negara ini. Tetapi YB, ramai percaya pengganas-pengganas beragama Islam itu dimanipulasi untuk menyerang Sabah, sama macam Chin Peng merekrut orang tanah Melayu untuk menjatuhkan sebuah kerajaan. Buat pengetahuan YB, tiada sesiapa pun menuntut mayat-mayat pengganas Sulu. Bagi orang Islam, mayat hendaklah dikebumikan dan saya percaya itulah erti "kemanusiaan" yang dimaksudkan oleh menteri berkenaan. Kalau hendak samakan Chin Peng dengan pengganas ini, anggap sahaja Chin Peng mati sebagai pengganas di Thailand dan biarlah dia disemadikan disana. Mudah bukan?

Nota kaki: Ada rakan yang meminta saya jangan layan sangat puak pecinta Chin Peng ini, keputusan kerajaan tidak benarkan mereka balik sudah memadai. Tetapi, saya bukan hendak 'melayan' mereka. Cuma saya mahu rakyat tidak buta hati untuk menerima fakta songsang mengangkat manusia durjana seperti Chin Peng ini sebagai hero. Cukup-cukuplah ada segelintir manusia yang tergamak memahkotakan manusia sekejam Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan. Setidak-tidaknya saya harap penjelasan ini membuka mata anak-anak bangsa saya supaya belajar menobatkan kebenaran dan menolak kebatilan.

No comments:

Post a Comment