KITA sendiri ‘keliru’ apa yang sebenarnya berlaku…tetapi yang pasti video ini kini mula heboh diperkatakan.
Kelihatan pada mulanya pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ‘bertegang urat’ dengan salah seorang peniaga.
Tetapi keadaan kemudian menjadi semakin serius apabila berlaku tolak-menolak antara sesama mereka.
Kemudian salah seorang pegawai penguatkuasa itu membuka uniformnya, cuma yang tinggal seluar dan singlet sahaja.
Pasti berlaku provakasi hingga menyebabkan dia bertindak demikian.
Nasib baik ia tidak berakhir dengan pergaduhan yang lebih serius.
Sebenarnya inilah cabaran yang terpaksa dihadapi bila kita bertugas untuk melaksanakan undang-undang,,,baik PBT, polis atau jabatan apa sekalipun.
Kesabaran tahap tertinggi diperlukan. Maklumlah terpaksa berhadapan dengan kerenah manusia dan pemiaga yang pelbagai.
Namun perbuatan menanggalkan baju atau uniform ini tetap SALAH.
Sebagai penjawat awam, kita tidak boleh sesuka hati berbuat demikian walaupun marah macam mana sekalipun.
Pada masa yang sama, orang awam pun tidak bolehlah sesuka hati mencabar atau mempertikai tugasan penguatkuasa ini.
Mereka telah diamanahkan untuk melaksanakan apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Sebarang ketidakpuasan hati boleh disalurkan dengan baik melalui saluran yang telah sedia ada…percayalah, kalau dua-dua pihak berkeras, tak mungkin kita akan jumpa penyelesaiannya.
Harap pihak DBKL boleh memberi penjelasan lanjut mengenai insiden ini -Mynewshub.my
No comments:
Post a Comment