Saturday, 26 October 2013

Antara COMANGO dan Nurul Izzah


Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) yang menuntut pindaan dalam Perlembagaan dan undang-undang negara berkaitan hak asasi yang dibentang pada sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Switzerland.

Antara desakan COMANGO ialah menuntut hak kebebasan mengamalkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kebebasan murtad serta kesamarataan agama di Malaysia.

COMANGO juga mahu supaya kerajaan menghapuskan peruntukan undang-undang yang menyifatkan amalan seks di luar tabiĆ­ itu sebagai perbuatan jenayah.

COMANGO juga mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan larangan dan siasatan pihak Polis ke atas penganjuran perarakan Seksualiti Merdeka adalah tindakan yang tidak boleh disemak oleh Mahkamah.

Akhbar Sinar Harian meminta komen Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengenai tuntutan tersebut dan beliau memberi respon mengatakan tuntutan tersebut "tidak bahayakan negara".

Saya geleng kepala. Benak fikiran bertalu-talu datang dengan pertanyaan: ``Bagaimana mungkin tuntutan 'gila' daripada Comango ini tidak membahayakan apabila ia terang-terang mencabar kedaulatan undang-undang negara dalam soal agama?

Umum juga tahu, ada NGO yang menyertai COMANGO ini sangat akrab dengan pembangkang di Malaysia.

Saya tidak mahu ulas mengenai skandal seks songsang yang dikaitkan dengan bapanya, tetapi meneliti tindak-tanduk Nurul Izzah dan pimpinan pembangkang terutamanya DAP dalam soal yang menyentuh agama Islam, komen yang diberi itu tidaklah terlalu mengejutkan. 

Sekadar mengingatkan kenyataan kontroversi Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama dalam satu forum pada tahun lalu. Kenyataan itu berbunyi:

``Apabila anda bertanya kepada saya, saya akan jawab tidak ada paksaan dalam agama, bagaimana sesiapa sahaja boleh mengatakan maaf, ini (kebebasan beragama) hanya terpaksai kepada orang bukan Melayu sahaja, ia juga perlu terpakai sama rata kepada semua sama ada Melayu atau bukan Melayu."

Kalau Nurul Izzah sebelum ini besetuju supaya sesiapun termasuk orang Islam bebas bertukar agama, kini beliau dengan cukup selamba mengatakan segala tuntutan COMANGO ini tidak bahaya, tiada ancaman. Mudah kata, ia tida ada apa-apa yang hendak dirisaukan. Masya Allah.

Ketika majoriti umat Islam menjunjung sensitiviti dan pemeliharaan nilai-nilai agama, kelakuan songsang semakin menggila. Bayangkan jika tuntutan-tuntutan COMANGO itu menjadi kenyataan.

Adakah kita rela melihat pasangan lesbian/gay diraikan secara terbuka dalam majlis perkahwinan mereka seperti di negara-negara barat?

Adakah kita rela jika suatu masa nanti ada anak-anak bangsa kita dengan bangga bercakap "Apa salahnya aku hendak murtad, undang-undang kita membenarkannya?

Dalam posting ini, saya mengajak rakan-rakan serta seluruh umat Islam di Malaysia untuk bersatu dan memohon kepada ALLAH supaya diselamatkan negara kita daripada ancaman golongan liberalisma dan pluralisma ini. Beberapa pertubuhan Melayu-Islam Malaysia, yang peka dengan implikasi dan kesan serius daripada sidang ini telah mengambil inisiatif menubuhkan sebuah badan bernama Muslim-UPRo (Muslim-Unviersal Periodic Review Organistation) untuk menyanggah desakan NGO pro kebebasan tanpa batasan ini di Geneva.

Menggunakan wang tanggungan sendiri, seramai 17 orang wakil MuslimUPro sudah berada di Geneva untuk tujuan tersebut. Mari kita mendirikan solat hajat dan munajat memohon kepada ALLAH supaya memberkati perjuangan murni MuslimUPro.

Allahuakhbar!

No comments:

Post a Comment