PADA 19 September lalu, Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamed ada menulis dalam portal Malaysian Insider mengenai pandangannya berkenaan penggunaan sistem pemilihan ‘electoral college’ yang menggabungkan sistem pemilihan dari Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam pemilihan serentak di 191 bahagian parti di seluruh negara.
Ia bagi menggantikan sistem kuota yang digunapakai sebelum ini. Tujuannya untuk menghapuskan politik wang yang selama ini, dikatakan menjadi barah atau perosak kepada parti.
Dalam artikel tersebut, Nur Jazlan mengatakan ada ahli Umno akar umbi yang datang untuk berbincang dengannya mengenai kaedah pemilihan baru itu dengan lebih mendalam.
Menurut Nur Jazlan, MEREKA ini mengatakan padanya JIKA ada calon yang bertindak untuk mendapatkaan ‘bantuan’ daripada rakan-rakan Ketua Bahagian bagi mendapatkan 1 undi daripada bahagian berkenaan dengan membuat sedikit pelaburan,KATAKAN RM200,000 daripada 1 bahagian, calon berkenaan hanya perlu melabur kira-kira RM13 juta untuk menjamin tempat sebagai Naib Presiden.
Malah, ujarnya, MEREKA lebih sinis turut menyatakan bahawa JIKA keenam-enam calon Naib Presiden ‘melabur’ RM200,000 seorang kepada Ketua Umno Bahagian, potensi seorang Ketua Bahagian mendapat RM1.2 juta daripada keenam-enam calon Naib Presiden.
Artikel ini juga ada diulas dalam Malay Mail.
Nur Jazlan ketika ditanya mengatakan ini adalah cuma satu ‘anggaran’.
MALANGNYA apa yang berlaku sekarang, kenyataan Nur Jazlan telah diputar-belit dengan begitu dahsyat sekali.
Sekarang ini ada pihak yang telah menyebarkan cerita kononnya Ahli Parlimen Pulai itu telah mengatakan untuk menjadi Naib Presiden UMNO, RM13 juta diperlukan manakala untuk menjadi Ahli Majlis Tertinggi pula RM1.6 juta .
Penyebar fitnah ini lupa tentang makna perkataan KATAKAN, JIKA dan ANGGARAN.
Ini yang mereka sebarkan sekarang!
UMNO adalah sebuah parti terbuka dan boleh menerima pandangan dan teguran – sebab itu Nur Jazlan mendukung prinsip tersebut dengan menimbulkan persoalan politik wang dalam pemilihan kali ini.
Beliau cuba membuka minda kita dengan memberi analisis dan anologi, sebab itu beliau menggunakan perkataan jika, katakan dan anggaran.
Tetapi nampaknya pihak pembangkang cuba memanipulasikan sepenuhnya pandangan dan tulisan Nur Jazlan ini dengan ‘spin’ sesuka hati mereka kenyataannya tanpa rasa bersalah.
Seolah-olah ia sudah CONFIRM atau PASTI.
Inilah penyakit mereka dari dulu hingga sekarang. Selamat datang ke dunia pembangkang!
No comments:
Post a Comment