Calon AJK BAHAGIAN IPOH BARAT BERSALAMAN DENGAN Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir CALON Majlis Tertinggi untuk pemilihan UMNO bulan depan bagi penggal 2013-2016
IPOH: Sesi memperkenalkan calon yang bertanding pada pemilihan UMNO peringkat pusat yang bermula hari ini tidak membenarkan mereka berucap tetapi boleh berjabat tangan dengan perwakilan serta mengedarkan kad atau risalah memperkenalkan diri.
Perak menjadi negeri pertama mengadakan sesi itu yang dihoskan Badan Perhubungan UMNO negeri serta diselia pihak Ibu Pejabat UMNO, yang diadakan jam 9.30 pagi di Stadium Indera Mulia di sini.
Dua lagi sesi memperkenalkan calon yang turut diadakan hari ini masing-masing dihoskan Badan Perhubungan UMNO Selangor pada sebelah petang manakala Wilayah Persekutuan pada sebelah malam.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Mohd Khusairi Abd Talib, berkata dianggarkan hampir 60 peratus daripada 257 calon dari seluruh negara yang bertanding di peringkat pusat akan menghadiri sesi itu.
Beliau berkata, kehadiran perwakilan dari Perak juga dianggarkan mencecah 60 peratus daripada lebih 8,000 orang.
Katanya, disebabkan bilangan calon ramai, sesi itu dijangka mengambil masa dua setengah jam untuk diselesaikan.
Kenali calon
“Tujuan sesi ini untuk memberi ruang kepada perwakilan lebih dekat dan mengenali calon yang bertanding, jadi tak cukup jika sekadar calon berdiri dan melambai-lambaikan tangan kepada perwakilan ketika diperkenalkan.
“Tujuan sesi ini untuk memberi ruang kepada perwakilan lebih dekat dan mengenali calon yang bertanding, jadi tak cukup jika sekadar calon berdiri dan melambai-lambaikan tangan kepada perwakilan ketika diperkenalkan.
“Sebab itu walaupun tidak diberi peluang berucap, mereka boleh berjabat tangan dengan perwakilan dan boleh mengedarkan kad atau risalah memperkenalkan diri kerana perwakilan juga perlu tahu latar belakang calon terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Khusairi yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim berkata, proses memperkenalkan calon dimulakan dengan mengemukakan calon dari Perak terlebih dulu, bermula denganNaib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan mempertahankan jawatan diikuti peringkat bawah serta ketiga-tiga sayap parti.
Katanya, calon dari negeri lain akan diperkenalkan selepas calon dari Perakselesai diperkenalkan.
“Kita hanya akan memperkenalkan calon yang hadir dan mendaftar saja. Bagi calon dari Perak, mereka yang tidak dapat hadir kita akan menayang gambar wajahnya di skrin yang disediakan.
“Umpamanya, saya dimaklumkan kemungkinan besar Ahmad Zahid tidak dapat hadir kerana ada urusan Kabinet, jadi kita sedia gambar untuk siar di skrin besar. Bagaimanapun, calon negeri lain yang tidak hadir kita tidak siar gambarnya,” katanya.
Datang awal
Khusairi berkata, semua calon perlu mendaftar diri di empat kaunter disediakan iaitu untuk Majlis Tertinggi (MT) dan tiga sayap parti.
Katanya, kesemua mereka diminta datang awal kerana majlis berkenaan akan diadakan tepat jam 9.30 pagi.
Calon Ahli MT dari Perak ialah Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Hamzah Zainudin, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Hamidah Osman dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda, dua calon dari negeri ini ialah Ketua Pemuda UMNO negeri, Khairul Azwan Harun dan Mohamad Iruwan Zulkefli.
Hamidah sebelum ini turut menghantar borang pencalonan bagi jawatan Naib Ketua Wanita tetapi kemudian menarik diri
No comments:
Post a Comment