











Kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu dipercayai berlaku ekoran pelepasan air empangan air berdekatan sebanyak dua kali berikutan tidak dapat menampung kuantiti air akibat hujan lebat hampir empat jam malam tadi.
Setakat ini, identiti mangsa belum didedahkan manakala operasi mencari mereka yang hilang masih giat dijalankan.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands dipetik sebagai berkata, mayat seorang pekerja lelaki Bangladesh dan wanita warga Indonesia ditemui oleh pasukan penyelamat pagi ini.
Sementara itu, tinjauan mendapati, sekitar kawasan tersebut diliputi lumpur tebal dengan ada lokasi yang tidak dapat dilalui oleh kenderaan biasa.
Selain berpuluh-puluh premis perniagaan lumpuh kerana tidak dapat beroperasi, beberapa buah kenderaan juga rosak akibat dibawa arus deras serta ditenggelami air. – New Malaysian Post
No comments:
Post a Comment