Thursday 24 October 2013

JAWAPAN NURUL IZZAH MENJELASKAN PAKATAN PEMBANGKANG SOKONG LGBT



"TIDAK bahayakan negara!"

Itu komen Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ketika diminta mengulas tindakan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) menuntut pindaan dalam Perlembagaan dan undang-undang negara berkaitan hak asasi yang dibentang pada sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Siwtzerland.

Tuntutan Comango antara lain turut menyentuh kedudukan Islam di negara ini apabila gabungan berkenaan mahu setiap warganegara ini diberi kebebasan untuk menentukan pegangan agama masing-masing termasuk hak untuk murtad (keluar Islam) tanpa sebarang sekatang undang-undang atau campur tangan kerajaan.

Selain itu, mereka juga menuntut kerajaan menerima hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity) yang bermakna menerima hubungan atau ‘perkahwinan’ golongan seks sejenis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sekali gus menghapuskan Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan jenayah liwat.

Berikut disertakan tuntutan Comango terhadap Kerajaan Malaysia;

Hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT),

Hak kebebasan murtad bagi orang Islam, dan

Hak kesamarataan agama di negara ini.

Comango turut mempersoalkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, larangan terhadap penganut ajaran Syiah dan hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur.


Gabungan itu turut menuntut undang-undang jenayah syariah dihapuskan, memberi persepsi negatif terhadap tindakan penguatkuasaan oleh jabatan agama Islam negeri dan usaha berdakwah kepada masyarakat Orang Asli serta mendesak kerajaan menarik balik pengharaman buku terjemahan Allah, Kebebasan dan Cinta, karya Irshad Manji.

No comments:

Post a Comment