Dalam laporan portal pembangkang, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali dilaporkan sudah mula memalu gendang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Kedah walaupun penamaan calon hanya akan berlangsung esok.
Azmin mencabar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turun padang dan membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada PRK itu nanti yang dianggap pakatan pembangkang sebagai kubu kuat parti sekutu mereka yakni PAS.
Menurut beliau, pengundi perlu menolak BN pada PRK itu kerana ahli UMNO jelas menolak kepimpinan anak Dr Mahathir iaitu Datuk Mukhriz dalam pemilihan parti terbesar Melayu itu hujung minggu lepas.
“Kenapa kita perlu pertahan Sungai Limau? Kita mahu bagi mesej jelas kepada BN, Umno dan Mukhriz Mahathir yang kalah dalam pemilihan,” katanya Azmin sewaktu berucap pada majlis pengumuman calon PAS semalam.
“Dalam mesyuarat pimpinan Pakatan, saya diminta fokus di Sungai Limau untuk berdepan Mahathir.
“Saya tak takut dengan Mahathir tetapi saya takut dengan Allah. Saya akan lawan Umno dan BN habis-habisan sampai mereka kalah di Sungai Limau,” katanya.
Mudah sungguh mulut Azmin menuturkan kata-kata “Saya Takut Dengan Allah..” seperti ia hanya satu permainan politik menagih undi daripada majoriti penduduk yang pegangan kuat Islamnya di Kedah.
Bercerita mengenai takut kepada Allah SWT, apakah Azmin sudah mendapat kemaafan ibunya yang pada tahun lalu menangis dengan sikap ala-ala si tanggang yang ditunjukkan Azmin?
Dan harapnya video ‘aiskrim’ di tandas memang bukan Azmin la kan… harapnya…
Paling penting, Azmin tak sedar ke yang kalau dilihat rekod, dosanya mencerca dan mencaci Mahathir banyak dan patutnya beliau yang perlu memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri itu yang juga pernah menjadi mentornya dalam politik.
Caci Mahathir di Seberang Jaya, Pulau Pinang Tahun Lepas
Salah satu cercaan biadab Azmin ialah ketika berceramah di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada pada Januari tahun lepas dengan ungkapan “Kepala Hotak Kau,” yang memang amat pedih jika didengar.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Bukit Antarabangsa, membuat gelaran kurang hajar itu sebagai mengulas komen bekas Perdana Menteri itu berhubung keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Reaksi biadap tersebut dikeluarkan Azmin kerana berang dengan kenyataan Dr. Mahathir yang menyifatkan pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat adalah bukti tiada konspirasi sebagaimana dituduh dan dijaja pembangkang bertujuan untuk menimbulkan kebencian rakyat.
Dr Mahathir dalam reaksi kepada kenyataan Azmin sedikit pun tidak melatah apatah lagi melenting sebaliknya menyifatkan Azmin yang tidak berotak.
“Saya mahu kata terima kasihlah, dalam kepala saya ada otak, kepala dia (Azmin) tak ada,” kata Dr Mahathir.
Azmin Kata Dr Mahathir Pemimpin Tersungkur
Tidak cukup dengan itu, kita pergi pula pada tahun 2010, ketika Azmin merasmikan Mesyuarat Agung PKR Cabang Gombak menggelarkan Bekas Perdana Menteri itu sebagai ‘pemimpin tersungkur’ sebagai sindiran kepada Dr Mahathir.
Kalau pada penulis, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahimlah yang sebenarnya ‘Pemimpin Tersungkur’ kerana sering tersungkur gagal dalam menjawat jawatan Perdana Menteri sama ada secara pilihan raya atau sebaliknya.
Siapa tidak ingat, janji manis 16 September tidak lama dulu konon-konon pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan persekutuan dengan membawa Ahli Parlimen BN melompat parti, alih-alih semuanya tipu dan jenuhlah Anwar ‘coverline’ sana sini, sebab dah terkantoi.
Penulis boleh korek banyak lagi kenyataan biadab Azmin kepada Dr Mahathir dalam pergelutan politik antara bekas anak angkat keluarga Dr Mahathir dan anak didiknya tetapi cukuplah sampai di situ kerana jelas Azmin mementingkan matlamat politik daripada hubungan sesama manusia.
Tidak dikira lagi beberapa isu kontroversi membabitkan Azmin yang didakwa terbabit dengan skandal nakal tidak lama dahulu yang beliau sendiri belum menjawabnya, tetapi kini beliau berani bermain dengan kenyataan “Saya Takutkan Allah..”.
Cabaran Pertama Mukhriz Sebagai MB Kedah
Aturan Allah itu dilihat sentiasa tepat dan teratur. Siapa sangka selepas tidak beberapa lama Mukhriz mengambil alih pentadbiran negeri Kedah dari PAS sebaik bekas Menteri Besar Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia.
Ia sekaligus menjadikan cabaran besar pertama Mukhriz untuk bertindak sebagai pencorak kempen BN sekaligus merampas semula kerusi DUN Sungai Limau daripada PAS pada PRK kali ini.
BN sudah pun mengumumkan calon mereka iaitu Dr Ahmad Sohaimi Lazim untuk menentang calon PAS iaitu Ketua Pemuda PAS Jerai Mohd Azam Samat.
Tekanan sudah pasti berada di atas bahu PAS untuk mempertahankan DUN Sungai Limau tambahan pula menghadapi pimpinan baru Kedah diterajui anak bekas Perdana Menteri Dr Mahathir.
Biarpun apa tohmahan yang dilemparkan kepada Muhkriz, pengaruh besar masih ada untuk keluarga Perdana Menteri selama 22 tahun itu di Kedah ekoran negeri itu merupakan tempat membesarnya Dr Mahathir.
Di negeri itulah beliau memulakan kerjayanya sebagai doktor dan banyak membantu mereka menerima rawatan di Klinik MAHA di Alor Setar sebelum menceburkan diri dalam politik secara aktif.
Apapun, kenyataan angkuh Azmin itu bakal menyaksikan pertembungan panas antara BN dan PAS pada pilihan raya kecil DUN Sungai Limau itu yang hari pengundiannya ditetapkan pada 4 November depan.
No comments:
Post a Comment