Sunday 6 October 2013

PCA: 'Hari Gelap' Malaysia?

Rata-rata Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan hari Dewan Negara meluluskan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) sebagai 'Hari Gelap' Malaysia. Mereka juga menyifatkan PCA adalah simbol kezaliman kerana ia adalah jelmaan semula Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mengikut laporan akhbar, terdapat tiga bacaan dan tiga undian dibuat sebelum rang undang-undang PCA diluluskan. Pada bacaan pertama pada sekitar 6.30 petang, 23 daripada 89 Ahli Parlimen PR tiada di dewan - bermaksud kadar yang tidak hadir sebanyak 26%.

Pada bacaan kedua di 7:10 petang, 25 daripada 89 Ahli Parlimen PR tiada di dewan - bermaksud kadar yang tidak hadir sebanyak 28%. Lebih mengejutkan, bacaan ketiga pada 9:10 malam, 31 daripada 89 Ahli Parlimen PR tiada di dewan - bermakna 35% daripada mereka tidak hadir untuk mengundi.

Di luar dewan pung pang bertegang urat bantai kerajaan asal PCA. Tapi dalam dewan batang hidung pun tak nampak.

Selepas EO dan ISA dimansuhkan, 2,473 suspek jenayah berat di Penjara Simpang Renggam dibebaskan Julai tahun lalu. Ekoran itu dianggarkan anggota kongsi gelap mula bina semula rangkaian sehingga ahli mereka dianggarkan sudah mencecah 40,000. Dalam tempoh empat bulan iaitu April hingga Julai tahun ini sahaja, sebanyak 31 kes tembak menembak dilaporkan di seluruh negara dan mengorbankan 22 nyawa.

Fakta ini ada didedahkan di Dewan Rakyat, tetapi Ahli Parlimen PR ramai yang membisu. Ada pula penyokong2 mereka yang terlebih cerdik mengatakan ada kes tembak itu hanya sandiwara polis. Mereka ini cakap pakai kepala lutut ke? 

Kalaulah, orang-orang macam DS Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Tian Chua kata pelaksanaaan PCA adalah 'Hari Gelap' Malaysia, satu persatu kes tembak yang turut mengorbankan pegawai penguatkuasa pula mahu dianggap sebagai hari apa pula YB2 sekalian?

'Hari Cerah' untuk Malaysia kah?

No comments:

Post a Comment