Friday, 4 October 2013

Tweet Wardina persendakan pejuang kalimah Allah

Ramai yang marah fasal Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini. Tak kira penyokong kerajaan atau pembangkang, semua melepaskan amarah termasuk di FB dan Twitter - semuanya geram dengan penyelewengan yang dibongkar.

Aktres dan pengacara TV, Wardina Safiyyah adalah antara yang paling marah. Dua tiga hari ini, tweetnya lebih berkisar pasal laporan audit. Perkataan rasuah diulang-ulangnya. Lama rasanya tak dengar pasal Wardina selepas dia pernah cetuskan polemik apabila jadi peceramah untuk program PKR tidak lama dahulu.

Tapi saya tertarik dengan Tweet terbaru Wardina pasal isu audit yang berbunyi: "Yang berjuang bermatian mempertahankan kalimah Allah...nah agama mu dihina..apabila yg percaya kpd Allah mengamalkan RASUAH!!"

Saya terkejut dengan Tweet ni. Apa sebenarnya mesej yang cuba disampaikan Wardina melalui tweet ini?

Kita boleh faham kalau Wardina mahu pertahankan PKR kerana sokong desakan DAP supaya kalimah Allah diguna untuk bukan Islam, tetapi mengaitkan isu audit dengan perjuangan mempertahankan kalimah Allah adalah satu tindakan paling dangkal, tidak sensitif dan berbaur politik.

Kenyataan Wardina ini seolah-olah bermaksud barisan peguam Islam serta jutaan umat Islam yang selama ini sama-sama berjuang di mahkamah mempertahankan kalimah Allah adalah orang sama yang mengamalkan rasuah.

Puan Wardina, dalam isu kalimah Allah, tidak semua yang berjuang mempertahankannya orang politik. Sebahagian besar mereka adalah golongan biasa-biasa yang sayangkan agama mereka. Mereka cekal berjuang dalam isu ini kerana mahu pertahan akidah generasi masa depan termasuk anak-anak dan cucu mereka.

Kalau hendak cakap pasal pendirian parti politik sekalipun, Wardina kena ingat segelintir pemimpin PR seperti Ustaz Haron Din dan Ustaz Haron Taib juga bersama-sama berjuang mempertahankan kalimah Allah. Atau Wardina hendak cakap Haron Din dan Haron Taib juga amalkan rasuah?

Tidak tahulah kalau Wardina hendak guna isu laporan audit ini untuk pulihkan imej busuk PKR berhubung isu kalimah Allah, kalau itu benar, maka kita minta dia carilah modal lain. Jangan nanti diri dicop sebagai barua politik yang bersekongkol dengan gerakan jahat untuk merosakkan agama sendiri.
Like ·  · 

No comments:

Post a Comment