Friday, 1 November 2013

BAJET PAKATAN HARAM- tidak akan pakatan laksanakan hanya janji2 kosong




BERSEMANGAT betul DS Anwar Ibrahim membentangkan belanjawan yang disebut Bajet Alternatif 2014 di Parlimen baru-baru ini. Sepintas lalu, intipati bajet itu turut menggariskan janji manifesto PR untuk memansuhkan PTPTN. Nak mansuh hutang itu saja dah telan RM6 bilion. Wow!

Baguslah, PR nak tunjuk mereka juga boleh jadi kerajaan dengan membentangkan sendiri bajet mereka untuk mengotakan janji-janji pilihan raya.

Tetapi belek punya belek, saya tertanya-tanya juga. Mana pula janji-janji lain yang disebut dalam manifesto PR pada PRU-13? 

Janji-janji lain ialah:

Memansuhkan tol
Mengurangkan harga kereta dengan turunkan cukai
Menurunkan harga minyak
Memberi RM1,000 kepada semua warga emas
Menambah royalti minyak Sabah/Sarawak 5-20 peratus

Saya ada sebut perkara ini semalam dan seorang penyokong tegar PR kata: "Bukan PR yang pegang duit kerajaan, macam mana nak buat (tunai janji?

Aik, macam tu pulak. Kalau betul janji manifesto PR masuk akal, patutnya masukkan dalam intipati bajet, rakyat pun nak tengok juga ada logik atau tidak untuk dilaksanakan.

Kalau setakat bagi alasam macam tu, saya pun nak tanya: "Kalau takde duit, buat apa bentang bajet?"

No comments:

Post a Comment