Wednesday, 6 November 2013

Karpal keluarkan idea bodoh - Mahu hapuskan parti berasaskan kaum




HABIS sahaja PRK Sungai Limau, YB Karpal datang dengan idea ni. Batalkan semua parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan ubah suai supaya boleh disertai semua tanpa kira kaum dan agama.

Kalau ada parti yang paling terasa ialah UMNO dan Pas - dua parti Melayu terbesar negara ini walaupun tak sekabilah.

Tiba-tiba saja Penasihat DAP hendak cakap pasal perpaduan pelbagai kaum sebagai hujah untuk menyokong idea beliau itu. 

Beginilah. Kalau YB Karpal prihatin sangat pasal perpaduan, apa kata kita mula dari bawah dahulu. Kita cadangkan supaya sekolah-sekolah venakular yang patut dibubarkan dahulu supaya hanya ada satu sahaja sistem sekolah di bawah Sekolah Kebangsaan.

Sekolah Kebangsaan juga 'membuka penyertaannya kepada semua murid tanpa mengira dan kaum'.

Relakah DAP untuk menghapuskan SJKC yang diagung-agungkan DAP selama berdekad-dekad dengan alasan mahu memperkukuhkan perpaduan?

Sebelum ini bila kerajaan hendak satukan pelajar dibawah satu sistem Sekolah Kebangsaan, DAP melalui NGO mereka seperti Dong Zhong kata ia cubaan untuk menghapuskan identiti dan budaya Cina di Malaysia.

Kalau begitu, adakah cadangan Karpal supaya dihapuskan parti berasaskan kaum dan agama juga satu cubaan untuk menghapuskan identiti Melayu dan syiar Islam di Malaysia?


No comments:

Post a Comment