Monday, 11 November 2013

KINI PENJENAYAH AMBANK PULA PAKATAN RAKYAT BELA


Belum pun didakwa atau dituduh, suspek yang juga penjenayah yang menembak mati pegawai AmBank tempoh hari kini mendapat pembelaan daripada penyokong Pakatan Pembangkang.

Nama sebenar penjenayah yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu dikenali Laode Ardina Laode Rasila dan berasal daripada Indonesia.

Suspek kini ditahan selama 7 hari dan kenyataan tersebut telah dikeluarkan Mahkamah Majistret, Petaling Jaya, Selangor.

Bukti ini tertera di laman blog penyokong Pakatan Pembangkang dengan tajuk ‘Layanan Buruk Suspek Bunuh Ambank: Indonesia Perlu Kemuka Bantahan’.


Difahamkan tujuan blogger itu menyatakan sedemikian bagi meraih simpati daripada negara kelahiran suspek.


No comments:

Post a Comment