Tindakan seorang lelaki yang didakwa menyerang seorang wanita yang dikenali sebagai Zainab Rahman menjadi viral di laman Facebook, baru-baru ini.
Daripada keterangan yang diperolehi menerusi Persatuan Kucing KL Selangor, seorang lelaki yang mendakwa sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk di mana Zainab menetap telah menyerang wanita itu hanya disebabkan dia memberi makan kepada kucing-kucing terbiar di kawasan perumahan tersebut.
Menerusi video berdurasi 34 saat itu dapat dilihat berlaku sedikit pertelingkahan di antara Zainab dan lelaki tersebut.
Zainab juga mendakwa dia merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Persatuan Peminat Kucing Kuala Lumpur dan Selangor.
Namun, kita tak boleh cepat menjatuhkan hukum kerana kita tak tahu kebenaran sebenar mengenai perkara ini kerana kita hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja.
Lihat dulu video ini dan anda nilaikanlah sendiri.
Oleh: AUDREY LEE
No comments:
Post a Comment