Saturday, 7 December 2013

Pemuda Dipukul Mati Curi Duit Masjid Anak Bekas Ahli Parlimen



Pemuda yang dipukul hingga mati kerana mencuri tabung derma di sebuah masjid di Kuala Lumpur Selasa lalu sebenarnya adalah anak seorang bekas Ahli Parlimen.
Ada juga pihak mendakwa pemuda itu anak kepada bekas menteri, tetapi ia tidak dapat disahkan.
Shahrizal Petra, ditangkap kemudian dipukul sebelum menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang lima jam selepas tiba di hospital.
Menurut polis, empat orang lelaki yang menangkap Shahrizal mengaku memukul suspek sehingga mengakibatkan suspek cedera parah dan  mati.
Ketua Polis Daerah Ampang ACP Amiruddin Jamaluddin keempat-empat lelaki berkenaan dua warga tempatan dua warga asing berusia antara 19 hingga 39 tahun mengaku mengunakan kayu untuk memukulnya selepas ditangkap mencuri tabung derma itu.
“Kesemua mereka ditahan pada hari yang sama polis mengambil keterangan saksi dan memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika siasatan kejadian,” katanya.

sumber -Mynewshub

No comments:

Post a Comment