USTAZ Mohamad Kazim tiba untuk menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur – 2 Disember 2013
KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Mohamad Kazim Elias hari ini mengumumkan keluar daripada PAS, sama ada beliau masih menjadi ahli sah atau sudah dipecat daripada parti itu.
Mohamad Kazim membuat pengumuman itu kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Parlimen, di sini.
Mengulas mengenai pertemuannya dengan Perdana Menteri, Mohammad Kazim yang terkenal dengan gelaran ustaz Kazim memberitahu, Najib sendiri akan membuat pengumuman mengenai pelawaan menyertai Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
Ustaz Kazim juga berpuas hati dengan pertemuan itu kerana berpeluang mendapat respon secara langsung daripada Perdana Menteri berhubung beberapa perkara termasuk mengenai pelantikan tersebut.
Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan bahawa Mohamad Kazim merupakan antara sembilan individu yang dilantik sebagai ahli MT UMNO.

Pengumuman pelantikan itu mencetuskan polemik apabila PAS mendakwa penceramah terkenal itu masih ahli parti berkenaan.
Beberapa pemimpin PAS sebelum ini memberi respon keras terhadap pelantikan tersebut sambil menyifatkan Mohamad Kazim ibarat ‘ayam sabung’ politik yang akan menjadi ‘sampah’ tidak lama lagi.
sumber - newmalaysianpost.com
No comments:
Post a Comment