Sunday 8 December 2013

Wajah lelaki yang mati dilanggar sehingga cetuskan rusuhan di Singapura



SINGAPURA: Beberapa media arus perdana hari ini menyiarkan gambar wajah lelaki yang mati dilanggar dalam satu kemalangan sehingga mencetuskan rusuhan di Little Indiam di sini malam tadi.
Lelaki itu dikenali sebagai Sakthivel Kumaravelu yang bekerja sebagai pekerja binaan dengan syarikat Heng Hup Soon sejak dua tahun lalu.
Akhbar Straits Times memetik kenyataan kenalan lelaki itu yang membuat pengesahan badan di bilik mayat Hospita Besar Singapura pagi ini.
Lelaki itu yang enggan namanya disiarkan berkata, keluarga Kumaravelu belum dimaklumkan tentang kematiannya.
Dia juga menafikan badan Kumaravelu telah dikerat-kerat seperti yang dilaporkan, sebaliknya mengalami kecederaan pada muka.
“Berita itu tidak benar, dia badannya tidak dilakukan sedemikian,” katanya seperti dipetik akhbar itu.
Dalam rusuhan yang berlaku kira-kira pukul 9.30 malam tadi, sekurang-kurangnya 10 anggota polis dilaporkan cedera manakala beberapa buah kereta persendirian, lima buah kereta peronda polis dan sebuah ambulans telah dirosakkan oleh para perusuh.
Rusuhan itu dipercayai bermula apabila seorang pekerja Bangladesh mati dilanggar sebuah bas di persimpangan Jalan Race Course dan Jalan Hampshire.
Susulan kejadian itu, sekumpulan pekerja asing bertindak balas dengan merusuh dan merosakkan harta awam termasuk membakar ambulans dan kereta polis yang dikejarkan ke lokasi.
Difahamkan, seramai 27 orang ditahan setakat ini bagi membantu siasatan.
-Newmalaysianpost.com

No comments:

Post a Comment