PADA PRU 1999, kerajaan BN jatuh kepada Pas. Ketika itu, Pas mempunyai 28 kerusi manakala BN hanya ada 4.
Pada PRU 2004, BN yang dipimpin Datuk Idris Jusoh merampas semula
Terengganu. Program Gelombang Biru membadai Pas ketika itu apabila
kelebihan 28 kerusi kembali kepada BN.
PRU 2008 yang menyaksikan 'Tsunami Politik' dengan BN hilang empat
negeri - Penang, Kedah, Perak dan Selangor - namun Terengganu terselamat
dengan hanya kehilangan empat kerusi yang dimenangi pada PRU 2004.
Ketika itu, Idris Jusoh diketepikan dan digantikan dengan Dato Ahmad
Said. Dengan perpecahan serius dan berantakan sesama pemimpin UMNO
ketika itu amat membimbangkan. Cabaran di bahu Ahmad Said cukup berat
untuk menyatukan semula UMNO.
Namun, pergeseran dalam UMNO
Terengganu berterusan - sesuatu yang dianggap kegagalan kepimpinan Ahmad
Said. Natijahnya bukan kecil, Pada PRU 2013, prestasi BN Terengganu
makin merudum dengan majoriti tipis (mudah) di DUN Terengganu. BN (17)
Pas (14) dan 1 (PKR). Kesimpulan pendek boleh dibuat bahawa, Ahmad Said
gagal.
Difahamkan, sebelum ini sudah gesaan supaya Ahmad Said
berundur namun, beliau meminta untuk ditangguhkan. Maka ada perjanjian
antara Dato Ahmad Said dengan Presiden, Najib Razak bahawa beliau akan
berundur dalam tempoh satu tahun. Kini tempohnya sudah tiba. Tetapi
lihatlah bagaimana ia berakhir.
UMNO Terengganu makin
berantakan dengan pelantikan MB baru, Ahmad Razif. Pergeseran terus
memuncak bila Ahmad Said bertindak keluar UMNO diikuti dua lagi ADUN
UMNO. Kuasa politik BN ibarat telur di hujung tanduk. Nasib rakyat jadi
taruhan. Pembangkang pula mula mengintai peluang.
Satu Malaysia
bercakap soal Ahmad Said teraniaya, ada juga bertanya, apa salahnya
tunggu 3 hari lagi sementara menunggu anak Ahmad Said melangsungkan
perkahwinan. Ada juga berhujah, Najib kena firm atau tegas, perjanjian
adalah perjanjian. UMNO Terengganu mesti 'dibetulkan' segera.
Kalau benar ada perjanjian, Ahmad Said sepatutnya sedar mengenainya.
Kenapa sudah tahu waktunya sudah tiba untuk berundur, maka tarikh
perkahwinan anak diatur sedemikian? Adakah ia dijadikan satu lagi alasan
supaya pengundurannya ditangguhkan sama seperti selepas PRU-13 lalu?
Setakat ini, Ahmad Said dan rakan-rakan walaupun sudah menjadi wakil
rakyat Bebas masih menyokong kerajaan. Bermakna, BN masih boleh bertapak
di Terengganu. Jika mereka bertindak lebih jauh dengan menyokong PR,
maka PRK Negeri akan berlaku.
Jika ada PRK, maka rakyat Terengganu yang bermajoriti orang Melayu itu akan diheret dalam satu lagi pilihan raya.