Tuesday, 13 May 2014

Apa sudahnya krisis politik Terengganu?

PADA PRU 1999, kerajaan BN jatuh kepada Pas. Ketika itu, Pas mempunyai 28 kerusi manakala BN hanya ada 4.

Pada PRU 2004, BN yang dipimpin Datuk Idris Jusoh merampas semula Terengganu. Program Gelombang Biru membadai Pas ketika itu apabila kelebihan 28 kerusi kembali kepada BN.

PRU 2008 yang menyaksikan 'Tsunami Politik' dengan BN hilang empat negeri - Penang, Kedah, Perak dan Selangor - namun Terengganu terselamat dengan hanya kehilangan empat kerusi yang dimenangi pada PRU 2004.

Ketika itu, Idris Jusoh diketepikan dan digantikan dengan Dato Ahmad Said. Dengan perpecahan serius dan berantakan sesama pemimpin UMNO ketika itu amat membimbangkan. Cabaran di bahu Ahmad Said cukup berat untuk menyatukan semula UMNO.

Namun, pergeseran dalam UMNO Terengganu berterusan - sesuatu yang dianggap kegagalan kepimpinan Ahmad Said. Natijahnya bukan kecil, Pada PRU 2013, prestasi BN Terengganu makin merudum dengan majoriti tipis (mudah) di DUN Terengganu. BN (17) Pas (14) dan 1 (PKR). Kesimpulan pendek boleh dibuat bahawa, Ahmad Said gagal.

Difahamkan, sebelum ini sudah gesaan supaya Ahmad Said berundur namun, beliau meminta untuk ditangguhkan. Maka ada perjanjian antara Dato Ahmad Said dengan Presiden, Najib Razak bahawa beliau akan berundur dalam tempoh satu tahun. Kini tempohnya sudah tiba. Tetapi lihatlah bagaimana ia berakhir.

UMNO Terengganu makin berantakan dengan pelantikan MB baru, Ahmad Razif. Pergeseran terus memuncak bila Ahmad Said bertindak keluar UMNO diikuti dua lagi ADUN UMNO. Kuasa politik BN ibarat telur di hujung tanduk. Nasib rakyat jadi taruhan. Pembangkang pula mula mengintai peluang.

Satu Malaysia bercakap soal Ahmad Said teraniaya, ada juga bertanya, apa salahnya tunggu 3 hari lagi sementara menunggu anak Ahmad Said melangsungkan perkahwinan. Ada juga berhujah, Najib kena firm atau tegas, perjanjian adalah perjanjian. UMNO Terengganu mesti 'dibetulkan' segera.

Kalau benar ada perjanjian, Ahmad Said sepatutnya sedar mengenainya. Kenapa sudah tahu waktunya sudah tiba untuk berundur, maka tarikh perkahwinan anak diatur sedemikian? Adakah ia dijadikan satu lagi alasan supaya pengundurannya ditangguhkan sama seperti selepas PRU-13 lalu?

Setakat ini, Ahmad Said dan rakan-rakan walaupun sudah menjadi wakil rakyat Bebas masih menyokong kerajaan. Bermakna, BN masih boleh bertapak di Terengganu. Jika mereka bertindak lebih jauh dengan menyokong PR, maka PRK Negeri akan berlaku.

Jika ada PRK, maka rakyat Terengganu yang bermajoriti orang Melayu itu akan diheret dalam satu lagi pilihan raya.

Monday, 23 December 2013

Video letupan di Danok


Danok (Thailand): Kerajaan Thailand mengesahkan tiada rakyat Malaysia mengalami kecederaan mahupun terbunuh dalam kejadian letupan bom, di sini, semalam.
Datuk Bandar Sumnukham, Kecha Benjakern berkata, seramai 27 mangsa yang cedera mendapatkan rawatan di Hospital Sadao, manakala dua lagi yang mengalami kecederaan serius sudah dihantar ke Hospital Hatyai untuk rawatan susulan.

Menurutnya, kawasan sekitar insiden letupan bom akan ditutup selama seminggu bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan selain urusan pampasan insurans.
“Kerajaan Thailand akan memberi pampasan kepada semua mangsa yang cedera dan kejadian ini sememangnya di luar jangkaan.

“Kami berharap pelancong terutamanya rakyat Malaysia tidak perlu takut dengan keadaan itu memandangkan pihak kami sudah mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya.
Pekan Danok antara tiga tempat digegarkan dengan letupan bom di selatan Thailand, semalam.
Sebelum itu, dua letupan berlaku di Balai Polis Padang Besar, Thailand dan di pekarangan Balai Polis Sadao, di Songkhla tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku melainkan kerosakan beberapa kenderaan.

Letupan bermula di hadapan Balai Polis Padang Besar, Thailand jam 11.30 pagi, disusuli letupan sama di dalam kawasan Balai Polis Sadao yang terletak 10 kilometer dari lokasi pertama.
Dalam dua kejadian berkenaan, letupan berpunca daripada motosikal yang diletakkan bahan letupan sebelum diletupkan menggunakan telefon bimbit.
Letupan ketiga berlaku di hadapan Hotel Oliver, Danok apabila bahan letupan dipasang pada kereta yang diletakkan di hadapan hotel tiga bintang berkenaan jam 1.45 tengah hari.

-HARIAN METRO

Monday, 16 December 2013

VIDEO : MUKA AJE LAWA TAPI PERANGAI.............

 

Korang boleh tengok la sendiri macam mana caranya Abby Albody tu 'bantu' mangsa banjir dengan menghasut mereka agar terus membenci Kerajaan.
Orang lain datang hulur bantuan dengan membawa makanan. Paling tidak pun diorang datang untuk membantu membersihkan kawasan rumah dan sebagainya.
Tapi, puak - puak Pakatan Haramjadah ni datang menambahkan lagi masalah kepada rakyat. Itu la cara diorang menjaga Kebajikan Rakyat sebenarnya.

Dengan melihat cara Abby Albody ni, tak mustahil jika perkara yang sama jugak dilakukan oleh pemimpin lain dalam Pakatan. Ternyata diorang ni memang suka ambik kesempatan dalam kesempitan orang lain demi kepentingan diri diorang sendiri!!!




sumber - Matkilaupenang

Sunday, 8 December 2013

Wajah lelaki yang mati dilanggar sehingga cetuskan rusuhan di Singapura



SINGAPURA: Beberapa media arus perdana hari ini menyiarkan gambar wajah lelaki yang mati dilanggar dalam satu kemalangan sehingga mencetuskan rusuhan di Little Indiam di sini malam tadi.
Lelaki itu dikenali sebagai Sakthivel Kumaravelu yang bekerja sebagai pekerja binaan dengan syarikat Heng Hup Soon sejak dua tahun lalu.
Akhbar Straits Times memetik kenyataan kenalan lelaki itu yang membuat pengesahan badan di bilik mayat Hospita Besar Singapura pagi ini.
Lelaki itu yang enggan namanya disiarkan berkata, keluarga Kumaravelu belum dimaklumkan tentang kematiannya.
Dia juga menafikan badan Kumaravelu telah dikerat-kerat seperti yang dilaporkan, sebaliknya mengalami kecederaan pada muka.
“Berita itu tidak benar, dia badannya tidak dilakukan sedemikian,” katanya seperti dipetik akhbar itu.
Dalam rusuhan yang berlaku kira-kira pukul 9.30 malam tadi, sekurang-kurangnya 10 anggota polis dilaporkan cedera manakala beberapa buah kereta persendirian, lima buah kereta peronda polis dan sebuah ambulans telah dirosakkan oleh para perusuh.
Rusuhan itu dipercayai bermula apabila seorang pekerja Bangladesh mati dilanggar sebuah bas di persimpangan Jalan Race Course dan Jalan Hampshire.
Susulan kejadian itu, sekumpulan pekerja asing bertindak balas dengan merusuh dan merosakkan harta awam termasuk membakar ambulans dan kereta polis yang dikejarkan ke lokasi.
Difahamkan, seramai 27 orang ditahan setakat ini bagi membantu siasatan.
-Newmalaysianpost.com

Video, Gambar Rusuhan Di Singapura

r3

SINGAPURA – Menurut sumber The Straits Times Singapore, polis rusuhan kini masih lagi mengawal keadaan di sekitar ‘Little India’ di sini bagi memastikan rusuhan yang berlaku pada malam Ahad tidak menjadi semakin serius.
Kami kongsikan beberapa foto kejadian rusuhan yang berlaku di ‘Little India ‘ yang berlaku lebih kurang jam 10 malam pada malam Ahad.
Menurut kenyataan polis Singapura pada jam 12.48 pagi Isnin, 10 anggota polis dilaporkan cedera manakala beberapa buah kereta persendirian, lima buah kereta peronda polis dan sebuah ambulans telah dirosakkan oleh para perusuh.
Sekurang-kurangnya dua buah kereta polis diterbalikkan oleh para perusuh di tengah jalan manakala sebuah ambulans dibakar.
Menteri Dalam Negeri Singapura, Teo Chee Hean berkata rusuhan di Little India malam tadi adalah satu insiden yang amat serius dan pihaknya akan menangkap mereka yang terbabit.

Sumber/Foto: The Straits Times Singapore



r1r2r3r4r5r6r7r8

Saturday, 7 December 2013

VIDEO: MB tahan lori Gardenia, beli semua roti untuk agih mangsa banjir

matsaid1-618x452




KETIKA Menteri Besar Terengganu melalui jalan pulang dari Kuala Lumpur ke Kemaman untuk bersama rakyat menghadapi banjir, beliau tersekat di kawasan Chendor.
Ramai pemandu bersama ahli keluarga, anak, isteri dan lain-lain yang tersekat sama di situ, semua dalam keadaan kelaparan.
Ini kerana situasi yang amat sukar dalam serba kekurangan.
Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu betapa susahnya menghadapi situasi ketika itu.
Dengan petunjuk kebesaran yang Allah S.W.T berikan, terdapat dua lori roti Gardeniea yang berada di situ.
Dato Seri yang tidak sanggup melihat situasi rakyat dalam kelaparan.
Beliau telah meminta agar pemandu lori tersebut membuka pintu lori bagi mendapatkan makanan (roti) yang ada bagi di agihkan kepada semua yang ada di situ.
Pada permulaannya, kedua-dua pemandu lori itu tidak membenarkan Dato Seri Ahmad Said membuka lori tersebut.
Tetapi Dato Seri Ahmad Said tetap berkeras mahukan roti tersebut kerana beliau tidak tahan dan tidak sanggup melihat rakyat kelaparan.
Lalu Dato Seri meminta agar pemandu lori tersebut terus menghubungi Manager mereka di Kuala Lumpur untuk meminta kebenaran bagi membeli semua roti-roti tersebut.
Setelah Dato Seri berbincang dengan Manager, pemandu untuk sanggup membayar jumlah yang diterima oleh manager tersebut, maka Dato Seri Ahmad Said telah membuka lori tersebut untuk di agihkan kepada semua mangsa keadaan.

Ramai yang datang berterima kasih pada Dato Seri, anak-anak kecil yang kelaparan di situ dapat mengisi perut, rungutan dan kelapran dapat di isi, mungkin terdetik di dalam hati MB ketika itu rasa lega dan bersykur kerana dapat memadamkan kesusahan rakyat ketika itu.
Syabas Datuk Seri! (sumber http://siemens-melayumaju.blogspot.com)

Gambar mayat Paul Walker hangus kini tersebar

Sekeping gambar milik laman Showbizspy telah memuatnaik gambar mayat Paul Walker dalam keadaan hangus terbakar.
 Gambar Mayat Paul Walker Hangus Kini Tersebar

Gambar Mayat Paul Walker Hangus Kini Tersebar-kezoom
Gambar tersebut yang diperjelas dengan garis berwarna merah, menyerupai mayat manusia dan dianggarkan disitulah mayat dari Paul Walker dijumpai. Mayat Paul Walker dikatakan telah hangus terbakar akibat dari letupan kenderaan yang beliau naiki.