Kesemua 59 wakil rakyat disaran memberi tumpuan memenuhi harapan, amanah serta melaksanakan tanggungjawab secara dedikasi, ikhlas, jujur dan berintegriti berikutan musim berkempen sudahpun berakhir.
Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang membuat saranan ini ketika memulakan titah perasmian sidang Dewan Undangan Negeri ke-13 hari ini, melahirkan rasa gembira kerana proses demokrasi memilih wakil rakyat yang disusuli dengan pembentukan kerajaan telah berlansung secara aman dan teratur.
Baginda turut merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang telah diperkenankan dilantik Menteri Besar berikutan kejayaan Barisan Nasional menguasai 31 kerusi untuk membentuk kerajaan berbanding Pakatan Rakyat 28 kerusi,
“Beta turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, merangkumi SPR, anggota perkhidmatan awam, PDRM, ATM, pihak media, parti-parti politik, dan rakyat jelata keseluruhannya yang telah memperlihatkan sikap bertanggung jawab yang tinggi hingga membolehkan pilihan raya berjalan lancar tanpa menjejaskan rutin harian kehidupan rakyat, juga membolehkan urus tadbir negeri turus berfungsi secara normal.
Ia meyakinkan Beta bahawa rakyat semakin bijak menggunakan hak untuk memilih Kerajaan, ia menyakinkan Beta bahawa rakyat semakin matang menerima keputusan pilihan raya berlandaskan semangat demokrasi,” titahnya.
Titah baginda lagi pilihan raya pada 5 Mei lalu memperlihatkan peningkatan sebayak 17 peratus pengundi di Perak dengan 1.4 juta rakyat keluar mengundi berbanding 1.7 juta pada pilihan raya 2008.
Peratusan keluar mengundi juga telah menunjukkan satu tanda positif apabila mereka yang keluar mengundi meningkat ke 82 peratus berbanding hanya 72 peratus pada 2008, titahnya.
“Ini adalah bukti keyakinan rakuat akan hak yang diberikan mereka untuk memilih Kerajaan, di samping mencerminkan kepercayaan rakuat bahawa demokrasi diamalkan di negar ini.
Petanda positi ini perlu terus ditingkatkan denan memberi perhatian kepada perkara-perkara yang mencetus kecurigaan, di samping merintis langkah-langkah pembetulan, menanggani sebarang keraguan demin menjamin proses pilihan raya dilansungkan secara berintergriti, dan demi memastikan terjaminya hak asasi rakuat menurut yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara,” titah Baginda.
No comments:
Post a Comment