Sunday, 25 August 2013

Rujuk Pembohongan Duhulu Untuk Elak Jadi Mangsa Putar Belit Anwar

Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Hj Ruslan Kassim menegaskan beliau tidak terperanjat melihat tindakan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim yang menimbulkan isu kerajaan perpaduan yang ternyata satu pembohongan semata-mata, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah menafikannya.

penipuan_anwar_16_september

Menurut beliau, inilah sebenarnya taktik dan teknik politik yang digunakan oleh Anwar dalam usaha untuk mengekalkan survival politik dan populariti beliau sebagai seorang ahli politik di persada tanahair.

“Isu kerajaan perpaduan ini tidak lebih hanyalah satu usaha untuk tidak menenggelamkan nama beliau dari ingatan rakyat apabila hari ini, semakin jelas populariti beliau sudah mula menurun di kalangan rakyat.

“Tidak kira apa isunya, tetapi yang penting isu tersebut akan membuatkan nama beliau kembali berlegar di pemikiran rakyat dalam hal ehwal politik di negara ini. Jadi, kalau patut reka isu pun rekalah, janji ia memberikan impak kepada rakyat demi kepentingan politik beliau,” demikian tegas Ruslan kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Katanya lagi, rakyat perlu menyedari bahawa Anwar merupakan seorang yang licik dan bijak dalam mencipta persepsi rakyat dalam menimbulkan isu-isu sebegini yang sebenarnya amat jauh dari kebenaran.

anwar_berlakon_sakit_lagi_bersih_2

“Kita boleh lihat pelbagai isu-isu yang ditimbulkan mereka seperti pembohongan 16 September, isu 40,000 warga Bangladesh yang kononnya dibawa masuk untuk mengundi BN,  dan termasuklah isu kerajaan perpaduan yang menjadi isu terkini hari ini.

“Tetapi sebagaimana isu-isu sebelum ini yang  ternyata bohong belaka, begitulah juga dengan isu kerajaan perpaduan. Isu ini saya sifatkan sebagai satu lagi siri pembohongan Anwar seperti beberapa siri pembohongan beliau yang lepas.

“Isu kerajaan perpaduan ini sengaja ditimbulkan semata-mata untuk mencipta persepsi rakyat bahawa kerajaan BN hari ini dalam keadaan lemah sehingga terpaksa mengadakan kerjasama dengan pembangkang,” jelasnya.

Justeru itu, beliau meminta agar rakyat jangan mudah percaya dan terpedaya dengan setiap kata-kata yang keluar dari mulut kepimpinan pembangkang, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apa yang saya rasa agak kesal adalah kerana rakyat terlalu mudah untuk menelan setiap kata-kata dan dakwaan yang dibuat oleh Anwar.

“Saya nasihatkan rakyat supaya menyiasat terlebih dulu setiap dakwaan yang keluar dari mulut Anwar kerana dari contoh yang sedia ada, ia lebih kepada pembohongan dari kebenaran.

“Jadi, kita perlulah menapis, menyelidik terlebih dulu setiap isu yang ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang itu kerana ia amat penting untuk  memandu kita dalam membuat keputusan yang betul demi masa depan agama, bangsa dan negara ini, terutama dalam suasana politik yang huru hara dan penuh fitnah hari ini,” ujarnya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment