SECARA jujur, sebagai menghormati kebebasan bersuara, kita sama-sama mendambakan perdebatan politik secara konkrit dan berhemah. Saya percaya, rata-rata rakyat marhaen juga berkongsi pandangan sama.
Sama ada BN atau PR, kita perlu akui, ada pemimpinnya yang boleh bercakap secara rasional dalam membahaskan isu, pendek kata ada kalangan mereka yang bersikap gentleman. Tapi seorang YB ni, setiap kali beliau bersuara, semakin terhakis rasa hormat saya pada beliau.
Saya masih ingat macam mana YB Nizar ni beberapa kali dilaporkan menipu dalam sidang DUN. Saya percaya ramai yang masih ingat bagaimana beliau pernah kantoi memfitnah MB Perak dengan tuduh MB Perak melakukan syirik. Last-last dimalukan dalam sidang DUN. Gelagatnya di Tweeter jangan ceritalah, siapa boleh lupa bagaimana beliau dilaporkan mengkritik Sultan Johor secara terbuka di Tweeter.
Semalam, YB Nizar Tweet lagi (selepas lama menyepi sejak kekalahan PR di Perak) dengan tweet berikut.
``Semua ajaran sesat & yg menyimpang dari mazhab ahli sunnah wal jamaah di msia dapat dielakan jika umno berpegang &melaksanakan Islam sejati"
Saya malas nak komen lebih, cuma saya tertanya-tanya, dalam keadaan YB Nizar hendak mempersoalkan komitmen UMNO dalam memperjuangan agama, adakah parti Pas yang sama-sama beliau naungi itu benar-benar memperjuangkan agama? Lupakah YB Nizar bagaimana Pas sudah mengubah matlamat utama perjuangan daripada menegakkan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.
Lebih penting, YB Nizar juga mungkin lupa, pada satu sidang DUN Perak pada 2009 ketika beliau merupakan MB Perak, beliau pernah mengungkapkan kata-kata "Di manakah dalam mana-mana transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan negara Islam. Saya minta pandangan dan minta jawapan di manakah dalam transkrip PAS, dalam memorandum ke ...dalam Perlembagaan PAS ... ada menyatakan PAS nak melaksanakan negara Islam,” tanya Nizar. Boleh baca di sinihttp://kamalfarsya.blogspot.com/2009/04/rakaman-sidang-dun-peraknizar-minta.html
Kalau ada yang kata ini semua fitnah, mari tengok video rakaman yang menunjukkan beliau mengungkapkan sendiri kata-kata tu sehingga Ketua Pembangkang ketika itu, DS Zambry Abd. Kadir mengucap dan meminta YB Nizar bertaubat. Lihat videohttp://www.youtube.com/watch?v=JQdib-ZyONs
Dalam tweet terbaru ni, saya percaya YB Nizar maksudkan mengenai penyebaran fahaman Syiah. Sebelum YB Nizar hendak berdakwah dalam isu ini, ada baiknya beliau bertanya kepada rakan beliau, YB Mat Sabu dan YB Mahfuz yang masih tidak menjawab dakwaan bahawa mereka merupakan pengikut fahaman Syiah. Janganlah terus mengelak untuk menegakkan kebenaran, lagi-lagi dalam soal agama, nanti orang kata kita tidak cakap serupa bikin pula.
Fikir-fikirkanlah...
Nota: Kurang bercakap lebih baik daripada kurang berfikir kerana manusia yang banyak cakap, tidak semestinya bijak. Kadang-kadang dia sendiri pun tidak tahu apa yang dia cakap.
No comments:
Post a Comment