Sunday, 18 August 2013

Lelaki maut basikal dirempuh kereta

IPOH: Seorang lelaki yang menunggang basikal tercampak kira-kira 50 meter di jalan raya maut selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Jelapang, di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah malam itu, mangsa S Rajindran, 39, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan teruk di anggota badan dan kepala. 

Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Foto

PENUNGGANG basikal maut di tempat kejadian selepas tercampak hampir 50 meter akibat dirempuh sebuah kereta. FOTO Ikhwan Munir


No comments:

Post a Comment