PETALING JAYA – Seorang Datuk terbunuh di Lebuh Raya Karak dekat Genting Sempah selepas motosikal berkuasa besar yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sekitar pukul 8 pagi Ahad.
Mangsa yang dikenali sebagai Datuk Nik @ Majura, dalam perjalanan secara konvoi dengan tiga penunggang lain menuju ke Air Terjun Lanchang apabila motosikal Kawasaki GTR1400 beliau terbabas.
Beliau kemudiannya tercampak dari motosikal dan mengalami kecederaan serius di kepala ketika melanggar pembahagi jalan konkrit.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah mengesahkan kejadian ini dengan The Star, walaupun tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut pada masa ini.
Kemalangan ini berlaku selepas kemalangan bas tragis yang mengorbankan 37 orang dan mencederakan 16 orang pada Rabu lalu.
No comments:
Post a Comment