Nibong Tebal: Enam lelaki cedera selepas dua lelaki bermotosikal melepaskan beberapa das tembakan rambang di sebuah restoran di Taman Kasawari, Simpang Ampat, dekat sini malam kelmarin.
Lepaskan tembakan, lari
Katanya, mangsa yang cedera rusuk dan punggung itu duduk di sebuah meja paling depan, manakala empat yang terkena serpihan peluru duduk di meja bersebelahan.
“Semua mangsa berusia antara 20 hingga 50 tahun dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan dan dilaporkan stabil. Setakat ini kita belum tahu motif sebenar kejadian, tetapi percaya ia mempunyai kaitan dengan geng kongsi gelap. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.
Sangka bunyi mercun
Seorang saksi kejadian yang enggan dikenali, berkata dia berada di sebuah kedai berhampiran dan menyangka bunyi yang didengar itu berpunca daripada mercun sebelum terkejut apabila mendengar jeritan memaklumkan ada orang terkena tembakan.
Katanya, dia bergegas ke tempat kejadian dan melihat tiga lelaki terbaring di atas jalan dan cuba dibantu orang ramai yang berada di lokasi kejadian.
No comments:
Post a Comment