PULAU PINANG, 30 Ogos – ‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’ dipilih sebagai tema Hari Kemerdekaan ke 56 tahun ini.
Sudah pasti tema ini mempunyai maksud tersendiri yang mahukan seluruh rakyat negara ini tanpa mengira bangsa, agama mahupun fahaman politik bersama-sama lebih bersikap patriotik dan sayangkan negara ini.
Namun sayangnya, rasa cinta dan patriotik yang cuba diterapkan oleh kerajaan di dalam jiwa rakyat seakan ditentang oleh pembangkang yang terus-terusan bermain politik tanpa mengira waktu dan ketikanya.
Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, kebiadapan DAP yang memerintah Pulau Pinang semakin terserlah apabila mereka membuat keputusan tidak mahu menggunakan tema tersebut sebaliknya memilih tema sendiri iaitu ‘Negaraku : Selamat, Bersih, Hijau,Sihat.
“Sepatutnya, hari kemerdekaan ini kita ketepikan fahaman politik. Mari kita bersama-sama memupuk semangat cintakan negara… Semangat patriotik yang tinggi dan sayangkan negara. Apa yang terjadi di Lahad Datu seharusnya lebih membuatkan kita cintakan keamanan dan mahu kekalkan keharmonian yang ada di negara ini.
“Generasi terdahulu bersusah payah bertarung nyawa untuk kesenangan kita dan generasi akan datang. Tetapi tindakan DAP ini amat keterlaluan. Nampak sangat mereka tidak patriotik dan tidak sayangkan negara. Mereka lebih pentingkan politik daripada kepentingan negara ini,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Zainal, sikap biadap dan tidak sayangkan negara sebenarnya telah lama ditunjukkan oleh pembangkang.
Jelas beliau lagi terlalu banyak bukti yang boleh membuktikan bahawa pembangkang hanya pentingkan kepuasan nafsu politik mereka daripada keselamatan dan keharmonian negara.
Memberi beberapa contoh seperti kejadian Lahad Datu yang dikatakan ada kena mengena dengan pemimpin pembangkang sehingga menyebabkan ramai anggota keselamatan terkorban, meminta campur tangan negara luar dalam urusan pentadbiran negara dan mengadakan perhimpunan haram ‘bersih’ yang menyebabkan kerosakan harta benda dan kacau bilau.
“Ini baru beberapa contoh… sehingga kini pembangkang masih tidak mampu memberi penjelasan tentang dakwaan pembabitan mereka berkenaan isu Lahad Datu. Kini sekali lagi mereka enggan menggunakan tema hari merdeka yang telah dipilih oleh jemaah menteri.
“Jelas mereka sama sekali tidak mampunyai semangat patriotik dan cintakan negara. Di fikiran mereka hanya politik setiap masa dan mahu menjatuhkan UMNO. Itu sahaja agenda mereka.
“Dan kerana itu jugalah mereka tidak membenarkan filem Tanda Putera ditayangkan di negeri ini. Alasan kononnya ada adegan sensitif tidak boleh diterima. Kenyataan sebenar adalah mereka takut kepada kebenaran yang ada di dalam filem tersebut,” jelasnya lagi.
Beliau berharap agar rakyat membuka mata dan menilai sikap pembangkang yang biadap dan tidak tahu menghormati orang lain ini sedangkan maruah negara harus dilindungi dan kemakmuran negara harus dikekalkan sebaik mungkin. - MediaUMNO
**dia ingat negara ni cinabeng punye ke?
No comments:
Post a Comment