Saturday, 17 August 2013

Insiden Bersolat Depan Tandas Bukan Gambaran Sebenar

Insiden bersolat di perkarangan tandas yang dikatakan berlaku di Arena Square dekat Kuala Kangsar sepertimana yang dilaporkan didapati telah digembar-gemburkan sehingga menimbulkan persepsi salah orang ramai.

Difahamkan surau ada disediakan di sebelah kedai dobi di kawasan lembah yang jaraknya lebih kurang 5-meter dari pusat membeli belah Arena Square tersebut.

Malah untuk keselesaan orang ramai serta peniaga di Arena Square itu, satu bilik atas pentas telah disediakan sebagai kemudahan ruang solat dengan air paip bagi memudahkan umat Islam mengambil wuduk.

Namun, bagi mewujudkan keadaan yang lebih selesa buat pengguna kalangan umat Islam, difahamkan Majlis Daerah Kuala Kangsar akan membina surau baru dekat dengan Arena Square tersebut dengan kos RM200,000.

Baru-baru ini menyiarkan insiden penceramah bebas, Ustaz Farhan Mazlan yang kebetulan ke pusat membeli belah itu, bersama rakan-rakannya terpaksa solat di depan tandas itu kerana tiada ruang solat di sediakan.

"Bayangkan, tikar dibentangkan betu-betul depan ruang tandas bersebelahan dengan kaunter bayaran untuk masuk ke tandas itu," Ustaz Farhan dipetik berkata.

 Laporan itu telah mendapat perhatian sehingga menimbulkan rasa kurang senang kalangan umat Islam.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang prihatin dengan insiden itu telah mengarahkan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Khai-ril Wan  dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Kangsar menyiapkan laporan.

“Saya terbaca dalam surat khabar semalam, orang sembahyang depan tandas. Namun maklumat awal dikatakan ada surau tidak jauh dari kawasan itu..lebih kurang 5 meter.

Walau bagaimanapun saya amat terkejut melihat kejadian seperti itu…tetapi biarlah kita dapatkan maklumat yang tepat dahulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung serta rumah terbuka Aidilfitri bekas tentera Laut Diraja Malaysia di Seri Manjung, hari ini.

No comments:

Post a Comment