Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau dimaklumkan bahawa keadaan di Mesir masih terkawal dan stabil.
Menurut beliau, berdasarkan maklum balas dari perwakilan Malaysia di Mesir, keadaan pelajar Malaysia, termasuk dari Perak juga masih dalam keadaan terkawal.
“Saya telah membuat pemantauan keadaan di Mesir, hari ini stabil dan maklum balas daripada perwakilan kita yang ada di sana juga menyatakan keadaan masih stabil,” katanya ketika ditemui selepas Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bekas Tentera Laut Diraja Malaysia Negeri Perak Keenam di Stadium Tertutup Majlis Perbandaraan Manjung.
Dr Zambry menasihatkan para pelajar Malaysia di Mesir supaya mengambil langkah-langkah perlu jika berlaku sebarang kemungkinan.
“Pihak Kementerian Pertahanan dan Wisma Putra sedang memantau dan membuat persiapan terakhir untuk membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia sekiranya keadaan mendesak.” katanya.
Saturday, 17 August 2013
Mesir Stabil, Pelajar Malaysia Terkawal – Dr Zambry
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment