Friday, 23 August 2013

IPOH:Polis tahan empat lelaki terbabit kes tembak

IPOH - Polis Perak memberkas empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian tembak di Kampung Simee di sini bulan lepas, menerusi serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Medan Bercham 4, di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam berkata, serbuan pukul 9.30 malam oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9) itu susulan penangkapan tiga suspek minggu lepas.

"Dengan tangkapan empat suspek berusia dalam lingkungan 30-an ini, kes di Kampung Simee dianggap selesai,” katanya pada sidang media, di sini.

Mengulas serbuan itu, Paramasivam berkata, dua daripada suspek diberkas di tingkat bawah rumah berkenaan manakala dua lagi yang meloloskan diri menerusi bumbung, ditangkap di rumah bersebelahan.

Dalam serbuan itu polis turut merampas sepucuk pistol jenis Baretta 9mm dan dua butir peluru, katanya. - Bernama



Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment