KUALA LUMPUR: Walaupun tiada kesan kecederaan atau trauma
pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan, Pakar Bedah Am Hospital Kuala
Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim menyatakan terdapat kemasukkan pada
bahagian tersebut.
Mohd Razali, 37, berkata, kesimpulan itu dibuat berdasarkan laporan
kimia bahawa terdapat kesan air mani pada empat sampel yang diambil
daripada bekas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Tiga sampel diambil daripada bahagian rektum (bahagian usus besar) dan satu dari bahagian luar punggung.
“Berdasarkan laporan yang saya ada, saya boleh mengatakan berlaku
kemasukan walaupun tanpa kecederaan kerana ia boleh berlaku. Dengan
bukti air mani, saya boleh mengatakan ada kemasukan,” katanya.
Bagaimanapun, mahkamah tidak dimaklumkan siapa pemilik air mani itu.
Berhubung ketiadaan kesan kecederaan pada bahagian dubur mangsa,
saksi tersebut berkata, ia berkemungkinan disebabkan bahan pelincir
digunakan semasa kejadian liwat yang didakwa berlaku.
Mohd Razali juga berkata, hasil laporan klinikal mendapati, tiada
penemuan konklusif yang dapat mencadangkan kemasukkan pada dubur atau
rektum dan tiada kesan mempertahankan diri adalah lengkap semasa
laporan disediakan.
Bagaimanapun jelasnya, turut dinyatakan dalam laporan klinikal ialah kehadiran DNA lelaki dalam sampel-sampel berkenaan.
Menurut beliau lagi, laporan klinikal itu dibuat pada 13 Julai 2008 tanpa laporan-laporan lain seperti laporan kimia.
Laporan kimia dikemukakan pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi di
sini, hari ini oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal
Abiden ketika mengendalikan pemeriksaan utama terhadap saksi pendakwaan
kedua itu.
Arahan untuk memeriksa Mohd Saiful diterima saksi pada jam 7 malam,
28 Jun 2008, iaitu dua hari selepas kejadian didakwa berlaku.
Pemeriksaan dilakukan di bilik unit kecemasan hospital dan disertai Dr Khairul Nizam Hassan serta Dr Siew Sheue Feng.
“Bahagian luar punggung adalah moist (lembab),” katanya yang pernah menjalankan pemeriksaan punggung terhadap lebih 100 pesakit.
Menjelaskan prosedur pemeriksaan, Mohd Razali memberitahu, adalah
penting untuk memastikan alatan dan bekas menyimpan sampel
dinyah-kuman, menggunakan topeng muka bagi melindungi diri dan sarung
tangan.
Beliau menambah, pelincir digunakan pada alatan protoskop, iaitu alatan untuk memeriksa bahagian dubur.
Peguam utama Anwar, Karpal Singh kemudian memohon pemeriksaan balas
saksi dijalankan esok kerana memerlukan masa untuk berbincang dengan
pakar forensik mereka yang didatangkan khas dari Australia, Dr David
Lawrence Noel Wells.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan itu.
Anwar, 63, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit
11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit
Damansara, dekat sini, antara jam 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kini berhadapan dengan hukuman
penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan di
bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
KUALA LUMPUR:Pakar Bedah Am Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd
Razali Ibrahim hari ini terpaksa mengangkat sumpah dua kali dalam
bahasa berlainan selepas berlaku masalah bahasa disebabkan kehadiran
pakar forensik dari Australia.
Mohd Razali, 37, saksi kedua kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim pada asalnya bersumpah dan menjawab soalan-soalan Peguam
Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden dengan menggunakan
bahasa kebangsaan.
Pada pertengahan prosiding, peguam utama Anwar, Karpal Singh mengadu
pihaknya mengalami masalah menterjemahkan keterangan saksi secara
serentak kepada Dr David Lawrence Noel Wells yang dijemput membantu
pihak pembelaan.
Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah
kemudiannya bertanya kepada Mohd Razali sekiranya beliau boleh bertutur
dalam Bahasa Inggeris.
“Selalu kita buat dalam Bahasa Melayu tetapi sebab ada pakar luar,” kata Mohamad Zabidin.
Saksi yang tidak mempunyai masalah melakukannya dalam Bahasa
Inggeris, kemudian mengangkat sumpah sekali lagi pada jam 11 pagi dan
perbicaraan berjalan seperti biasa.
Mohd Razali memberi keterangan terhadap Anwar, 65, yang dituduh
meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, antara jam
3.01 dan 4.30 petang, 26 Ogos 2008 di Unit 11-5-2, Kondominium Desa
Damansara, Nombor 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dekat sini.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit
kesalahan.
Perbicaraan bersambung esok.
Berlaku penetrasi, ada DNA 2 lelaki
KUALA LUMPUR, 3 Jun – Seorang pakar bedah dari Hospital Kuala Lumpur
memberitahu perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini
bahawa laporan kimia ke atas sampel yang diambil dari dubur bekas
pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, menunjukkan berlaku
penetrasi.
Ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini di hadapan
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Dr. Mohd. Razali
Ibrahim berkata analisis makmal menunjukkan kehadiran DNA dua lelaki.
Dr. Mohd. Razali, iaitu saksi pendakwaan kedua selepas Mohd. Saiful,
berkata semasa beliau dan dua lagi doktor menyiapkan laporan klinikal
mereka pada 13 Julai 2008, tiada sebarang pendapat konklusif dibuat
mengenai penetrasi seperti yang didakwa oleh mangsa memandangkan
laporan itu disediakan tanpa analisis sampel daripada Jabatan Kimia.
Dua lagi doktor ialah pakar rawatan kecemasan Dr. Khairul Nizam Hassan, dan pakar patologi forensik Dr. Siew Sheue Feng.
Pakar forensik Australia, Profesor Madya David Lawrence Noel Wells
dari Melbourne, yang dilantik oleh pasukan Anwar, hadir di mahkamah
hari ini.
Semasa pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed
Yusof Zainal Abiden, Dr. Mohd. Razali diminta membacakan laporan kimia
itu buat kali pertama di mahkamah.
“Melihat kepada keputusan laporan ini, sejarah kes daripada Mohd.
Saiful, saya dapat mengatakan secara konklusif sekarang bahawa terdapat
penetrasi yang konsisten dengan apa yang diberitahu oleh mangsa kepada
mahkamah ini bahawa bahan pelincir digunakan semasa insiden itu dan ini
mengakibatkan tiada kecederaan ditemui pada duburnya,” kata Dr. Mohd.
Razali.
Anwar, 63, Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen Permatang Pauh,
didakwa meliwat Mohd. Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa
Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan
4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Terdahulu, Dr. Mohd. Razali, 37, yang bertugas dengan Jabatan
Pembedahan HKL, berkata beliau menerima panggilan telefon pada 28 Jun
2008, mengenai kes itu dan diberi taklimat sebelum beliau mula
memeriksa dubur Mohd. Saiful.
Pemeriksaan itu dikendalikan dalam sebuah bilik khas di hospital
berkenaan dengan kehadiran pegawai penyiasat DSP Judy Blacious Pereira.
Beliau berkata, Dr. Siew telah membantu beliau mengumpul empat
sampel dengan dua daripadanya diambil dari rektum atas, satu dari
rektum bawah dan satu lagi dari kawasan peri-anal.
“Saya menyerahkan kesemua sampel itu kepada Dr. Siew sebelum dihantar ke Jabatan Kimia,” kata Dr. Mohd Razali.
Disoal selanjutnya oleh Mohamed Yusof mengenai sebab bahan pelincir
digunakan semasa pemeriksaan itu, Dr. Mohd Razali berkata ia adalah
prosedur normal dan juga bagi mengelak sebarang kecederaan selanjutnya.
Saksi pendakwaan kedua itu turut memberitahu mahkamah bahawa liwat juga boleh berlaku tanpa mengakibatkan apa-apa kecederaan.
“Bagaimanapun, dalam kes ini, bahan pelincir digunakan dan sebab
itulah kami tidak menemui sebarang kecederaan pada bahagian luar atau
dalam dubur Mohd. Saiful,” jelas Dr. Mohd. Razali.
Analisis makmal ke atas sampel itu yang dijalankan pada 11 Julai 2008 mendedahkan perkara berikut:
l tiada alkohol dan dadah lazim lain yang dapat dikesan dalam sampel darah pesakit,
l kehadiran air mani pada kapas kesat B5, B7, B8 dan B9 (sampel yang diambil oleh Dr. Mohd Razali),
l tiada sumber asing DNA daripada kapas kesat yang diambil,
l campuran jenis DNA lelaki daripada kapas kesat B5,
l jenis DNA lelaki daripada dua individu daripada kapas kesat B7, B8 dan B9.
Pemeriksaan dubur Mohd. Saiful menunjukkan tiada parut atau rekahan
pada kawasan luar dubur atau sebarang tanda kecederaan terbaru.
Pertikaman lidah turut berlaku antara pihak pendakwaan dan pembelaan
apabila Dr. Mohd. Razali pada mulanya memberi keterangan dalam bahasa
Malaysia, menyebabkan peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, mengadu
bahawa Wells akan berdepan kesukaran untuk mengikuti prosiding,
tambahan pula laporan klinikal dibuat dalam bahasa Inggeris.
Mohamed Yusof berkata terpulang kepada saksi untuk memberi
keterangan dalam apa jua bahasa yang beliau selesa dan ini menyebabkan
Mohamad Zabidin menangguhkan prosiding untuk membolehkan kedua-dua
pihak menyelesaikan perkara itu.
Apabila perbicaraan disambung semula, Dr. Mohd. Razali memberi keterangan dalam bahasa Inggeris.
Perbicaraan ditangguhkan sehingga pagi esok untuk membolehkan peguam yang mewakili Anwar berbincang dengan Wells. – BERNAMA
Ada kesan penetrasi, air mani
KUALA
LUMPUR – Pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Razali
Ibrahim mengesahkan terdapat kemasukan zakar ke dalam dubur Mohd Saiful
Bukhari Azlan walaupun tiada kecederaan ditemui pada bahagian itu.
Dr Mohd Razali, 37, yang merupakan salah seorang dari tiga doktor
di HKL yang membuat pemeriksaan terhadap Mohd Saiful berkata, calitan
yang diambil menunjukkan kehadiran air mani walaupun tidak terdapat
koyakan atau kecederaan pada bahagian anal Mohd Saiful.
“Berdasarkan semua laporan dan pemeriksaan terhadap pengadu
saya boleh menyimpulkan terdapatnya bukti penetrasi walaupun tiada
kecederaan,” katanya.
Pakar berkenaan yang merupakan saksi kedua pendakwaan memberi
keterangan demikian semasa pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara
II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden di Mahkamah Tinggi di sini,
semalam.
Dua lagi doktor yang melakukan pemeriksaan bersamanya ke atas
Mohd Saiful pada 28 Jun 2008 ialah Dr Khairul Nizam Hassan dan Dr Siew
Sheue Feng.
Dr Mohd Razali berkata, laporan klinikal pada 13 Julai 2008
tiada sebarang pendapat konklusif mengenai kesan tusukan memandangkan
laporan itu disediakan tanpa laporan dari Jabatan Kimia.
Menurutnya, empat sampel daripada Mohd Saiful telah
dianalisis yang terdiri daripada satu di kawasan peri anal, satu di
bahagian bawah rektum dan dua di bahagian atas rektum.
Semalan beliau memberi kesimpulan itu setelah merumuskan
pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful, laporan klinikal dan kimia yang
mendapati terdapat kesan tusukan zakar.
Menurutnya, kesimpulan yang diambil berdasarkan keputusan
laporan dan sejarah dakwaan Mohd Saiful membuatkan beliau dapat
menyimpulkan secara konklusif bahawa terdapat kemasukan zakar yang
konsisten dengan dakwaan pengadu itu yang mendakwa telah diliwat.
Beliau memberitahu, walaupun tiada kecederaan tetapi
dirumuskan berlaku penetrasi kerana liwat juga boleh berlaku tanpa ada
kecederaan.
Katanya, dalam kes ini bahan pelincir telah digunakan maka tiada kesan kecederaan ditemui.
Berdasarkan laporan analisis makmal pada calitan “B5″ juga menemui campuran DNA dua lelaki.
Terdahulu, doktor berkenaan memaklumkan bahawa beliau telah
berpengalaman menjalankan pemeriksaan terhadap lebih 100 pesakit
melibatkan sakit di bahagian dubur.
Beliau menerima panggilan telefon pada petang 28 Jun 2008
mengenai kes itu dan kemudian membuat pemeriksaan pada bahagian dubur
Mohd Saiful.
Turut hadir semasa pemeriksaan itu ialah Pegawai Penyiasat kes, Deputi Superintendan, Judy Blacious Pereira.
Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah kemudian menangguhkan
perbicaraan pada jam 9 pagi ini bagi memberi peluang kepada pasukan
pembelaan berbincang dengan pakar forensik dari Australia, Dr David
Wells untuk persediaan menyoal balas saksi itu.
Dr Wells dari Institut Perubatan Forensik Victoria hadir bagi meneliti perakuan tiga doktor dari HKL semasa memberi keterangan.
Pada awalnya sedikit pertikaman lidah berlaku membabitkan isu
bahasa Malaysia kerana saksi memberi keterangan dalam bahasa Kebangsaan
No comments:
Post a Comment