Thursday, 22 August 2013

Kafir Hukumnya Jika Redhakan Perbuatan Sekutukan Allah

 Umat Islam yang membenarkan perbuatan menyengutukan Allah dalam tempat-tempat ibadat seperti surau dengan keredhaan maka mereka menjadi kafir.

 Oleh itu Mufti Perak, Tan Sri Harussani Haji Zakaria mengingatkan umat Islam di negara ini supaya sentiasa berhati-hati agar mereka sentiasa mempertahankan aqidah dan tidak memadang enteng dan mudah berhubung isu-isu bersabit amalan Islam yang bertauhidkan kepada Allah S.W.T. dan bukan menyengutukannya.

 "Bagi Islam, kita adalah  agama tauhid dan tempat yang mulia bagi kita ialah tempat ibadat dan rumah-rumah ibadat tidak boleh dicemari dalam Islam.

 "Sama ada kita mencemari dengan mengadakan perbincangan yang menimbulkan perkara atau sebagainya, segala itu dilarang dalam rumah ibadat apatah lagi kalau sekiranya perbuatan yang menyengutukan Allah S.W.T.

 Perbuatan yang syirik yang keluar daripada Islam tidak boleh sama sekali dilakukan di dalam  surau dan tempat-tempat ibadat orang Islam,’’ katanya kepada Peraknews di pejabatnya di Kompleks Islam Ipoh hari ini.

 Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai surau kontroversi sebuah resort di Sedili Besar, Johor yang menjadi tempat ritual keagamaan bukan Islam.

 Harussani juga menyatakan pandangannya bahawa apabila surau atau tempat-tempat ibadat Islam yang dibenarkan atau yang telah dilakukan oleh orang lain 

sani1221untuk menyengutukan Allah maka surau itu seharusnya dipecahkan.

 

"Jadi apabila ada surau dibenarkan atau yang telah dilakukan oleh orang lain untuk menyengutukan Allah maka surau itu seharusnya kita pecahkan kerana kita tidak mahu berkongsi tempat beribadat dengan orang lain,’’ katanya.

 

Ditanya mengenai pendapatnya berhubung pendekatan dan pandangan orang Barat yang beragama Kristian yang membenarkan orang Islam bersembahyang di gereja, katanya, tidak salah orang Islam bersembahyang di gereja selama dia tidak menyengutukan Allah walaupun tempat itu tempat menyengutukan Allah.

 "Kerana selagi ianya bersih daripada najis dan sebagainya boleh, tapi Islam berbeza, tempat ibadat Islam hanya semata untuk mentauhidkan Allah S.W.T.

 "Apabila digunakan lain daripada mentauhidkan Allah tidak boleh dilakukan di dalam tempat ibadat Islam dilarang sama sekali itulah cukup beratnya hukum dalam Islam berbeza dengan orang Krisian,’’ jelasnya.

 Beliau juga mengingatkan umat Islam bahawa mereka tidak boleh sama sekali berkompromi berkaitan amalan dan perbuatan keagamaan yang dilakukan oleh agama lain.

 Umpamanya kita masuk gereja kita buat juga palang (lambang Kristian), perbuatan itu menjadi murtad atau kita tunduk pada tokong maka kita jadi murtad," katanya.

 Sehubungan itu beliau menasihati penganut Kristian dan agama lain supaya menghormati dan memahami akidah atau kepercayaan orang Islam sepertimana orang Islam menghormati kepercayaan mereka.


http://www.peraknews.com/berita-kolumnis/9202-kafir-hukumnya-jika-redhakan-perbuatan-sekutukan-allah


No comments:

Post a Comment