Saturday, 24 August 2013

KENAPA SAMPAI JADI MACAM NI??



Baru-baru ini, ramai umat Islam termasuk pimpinan politik, cendekiawan serta ahli NGO Islam yang datang ke mahkamah bagi sama-sama menyokong usaha kerajaan mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan orang bukan Islam. Alhamdulillah, mahkamah nampaknya memihak kepada usaha murni berkenaan.

Tapi ada pula pihak yang marah-marah dan mencerca kumpulan yang berkumpul di kompleks mahkamah. Lalu macam-macam tuduhan dilemparkan sehingga tulisan rumi tertulis 'Save Kalimah Allah' yang diletakkan atas lantai pun dijadikan isu politik lalu dijaja kononnya kumpulan berkenaan tidak menghormati nama Allah.

Tulisan rumi yang pastinya banyak tertulis pada surat khabar yang menjadi pembalut nasi lemak mahu dijadikan isu, tetapi saya cukup hairan, pihak yang marah-marah ini tidak pula melepaskan amarah kepada Lim Guan Eng, pemimpin DAP yang berani dan dengan angkuh mendesak kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam.

Lalu benak fikiran saya diasak dengan pertanyaan ini: Apa sudah jadi dengan pemikiran puak-puak yang mengaku Islam ini? Sudah tertutup ke pintu iman sehingga perjuangan murni umat sendiri mahu ditekan, musuh sebenar pula mahu dipertahan?


No comments:

Post a Comment