Pelaburan Pulau Pinang Merudum Kerana Pelabur Tak Percaya DAP
Suatu ketika dahulu, Pulau Pinang merupakan antara negeri yang
paling tinggi menerima pelaburan dari segi pembuatan.
Malangnya, setelah lima tahun berada di bawah pemerintahan DAP,
jumlah pelaburan terus menurun dari setahun ke setahun.
Pada tahun 2010, pelaburan di Pulau Pinang mencatat jumlah
RM12.24 billion dan pada 2011 ia jatuh sehingga RM9.11 billion.
Akhirnya, pada tahun 2012 jumlah pelaburan di Pulau Pinang terus
merudum sehingga RM2.47 billion iaitu penurunan sehingga 73%
sekali gus meletakkan negeri itu di tangga ke 6
dari segi jumlah pelaburan di antara semua negeri.
Lebih malang bagi Pulau Pinang apabila Syarikat Bosch Solar Energy
telah membatalkan hasrat untuk meneruskan pelaburan di negeri itu
yang berjumlah RM2.2 billion. Beberapa syarikat lain pula dikhabarkan
telah mengeluarkan pelaburan mereka dari Pulau Pinang.
Dengan rekod pelaburan yang mengecewakan ini, Lim Guan Eng yang
terlalu angkuh dan gemar memperlekeh pentadbiran Barisan Nasional
wajar mencermin muka sendiri. Di manakah ‘cekapnya’ DAP jika jumlah
pelaburan terus menjunam dari setahun ke setahun?
Bagaimanakah DAP dikatakan ‘cekap’ jika masih tidak terfikir
sebarang pelan bagi mengatasi penurunan ini?
Paling menarik, DAP yang terkenal dengan sikap rasis dilihat seolah-olah
turut mengamalkan rasisme dalam menarik pelaburan. Ini berdasarkan
kenyataan BN Batu Uban, Goh Kheng Sneah,
bahawa Lim Guan Eng hanyaberminat untuk menarik pelabur
dari Taiwan, China, Hong Kong dan Korea iaitu
negara-negara yang ‘sebangsa’ dengannya. Walhal,
selama ini Pulau Pinang itu lebih banyak menerima
pelaburan dari Amerika, Jepun, Jerman dan Netherland.
Apa yang berlaku membuktikan bahawa Lim Guan Eng bukanlah
seorang Ketua Menteri yang bersifat ‘global’ yang mampu duduk
setanding dan sebaris dengan para pelabur asing apatah lagi berurusan
dengan duta-duta dan juga Menteri-menteri negara lain. Sedangkan,
untuk menarik pelaburan langsung asing, seorang Ketua Negeri harus
memainkan peranan besar dalam menjalinkan hubungan dengan
negara-negara yang terbabit.
Selain itu, delegasi pelaburan juga perlu mempunyai karisma
dan kebolehan untuk membuat promosi melalui media
di negara-negara terbabit iaitu perlu menjalinkan
hubungan dengan akhbar dan majalah yang berkaitan.
Melihat dari cara DAP mentadbir di mana pembentangan projek
mega seperti terowong bawah laut yang kontroversi juga boleh
tersalah taip dan mengira undi CEC yang tidak sampai 2000
juga boleh tersalah kira, maka kita memahami kenapa
pelaburan di Pulau Pinang merudum.
DAP, khususnya, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang,
tidak mempunyai karisma dan kebolehan yang diperlukan
untuk meyakinkan para pelabur. Lebih dari itu, reputasi
dan imej beliau sebagai samseng, diktator dan penipu
semakin tersebar dan terpahat kukuh sehingga
menimbulkan rasa ‘cuak’ di kalangan pelabur.
Selain dari pelancongan, Pulau Pinang banyak
bergantung kepada pelaburan dari segi ekonomi.
Walaupun begitu, Lim Guan Eng nampaknya tidak
begitu risau dengan apa yang berlaku. Malah, beliau
lebih berminat untuk ‘meraikan’ kuasanya di negeri itu
melalui projek merepek seperti membina ‘Burung Ubah’.
Di awal pemerintahannya pula, Lim Guan Eng sibuk
mencabar agama Islam sambil memperkukuhkan
kedudukan Kristian di negara ini. Beliau juga
sibuk berpolitik menyerang UMNO dengan tidak
henti-henti membangkitkan isu perkauman.
Kini sikap Guan Eng yang rasis, tidak prihatin
dan samseng mula membawa kesan buruk
kepada Pulau Pinang. Dengan reputasi
Guan Eng yang cukup buruk sebagai
Setiausaha Agong Parti, dan kelemahannya
sebagai Ketua Menteri, DAP wajar memikirkan
semula kedudukannya di dalam parti.
Apakah hanya kerana beliau merupakan anak kepada
Lim Kit Siang maka semua orang perlu menutup
mata atas segala kebebalan beliau? Atau apakah benar
tiada siapa yang lebih layak dari Lim Guan Eng
untuk menerajui Pulau Pinang, mahupun memegang
jawatan Setiausaha Agong di dalam parti DAP?
No comments:
Post a Comment