Wednesday, 28 August 2013

Luka Singa Bertambah Parah di Stadium Ipoh

Skuad Seladang muda 34545r54r65

  

Perak hanya memerlukan tiga mata daripada baki tiga perlawanan untuk melayakkan diri ke saingan suku akhir Piala Malaysia musim 2013.

Skuad Seladang masih mendahului tiga pasukan lain dalam kumpulan D dengan mengumpul tujuh mata setelah  mencatat kemenangan tipis ke atas Lions XII 1 - 0 di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.

Sarawak yang mencatat keputusan seri 0 - 0 dengan Kedah di Alor Setar berada di tangga kedua dengan mengutip empat mata.

Kedah di tangga ketiga dengan tiga mata dan Lions XII yang juara Piala Liga berada di tangga tercorot kumpulan D dengan satu mata.

Dalam perlawanan di Ipoh, Perak berjaya menguasai permainan pada separuh masa pertama dengan melakukan banyak serangan bertali arus.

Namun begitu, para pemain Perak gagal menjaringkan gol walaupun dihidangkan dengan beberapa peluang keemasan.

Perak hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja dalam perlawanan tersebut melalui Azlan Ismail pada minit ke-8.

Sebaliknya, Lions XII tidak bernasib baik untuk membawa pulang sebarang mata kerana mereka berjaya menguasai permainan pada separuh masa kedua.

Para pemain Perak terpaksa bertungkus lumus untuk menangkis serangan pasukan Lions XII hingga ke minit - minit akhir perlawanan.

Kemenangan malam tadi telah menyuntik semangat kepada pasukan Perak dalam misi mereka untuk meneruskan perjuangan di dalam saingan Piala Malaysia.

Namun begitu, Sabtu ini bakal menyaksikan Perak bakal bertandang ke Stadium Jalan Besar, Singapura di mana pasukan Lions XII menunggu seperti seekor singa luka.

No comments:

Post a Comment