Kepimpinan rasis wakil rakyat DAP Nga Kor Ming begitu teserlah sekali berikutan kenyataannya menfitnah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry mahu membalas dendam terhadap masyarakat Cina.
Laporan yang disiarkan dalam Oriental Daily memetik Nga sebagai berkata bahawa kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dr Zambry telah menarik balik pengecualian bayaran cukai tanah kepada sekolah persendirian Cina di negeri ini kerana berdendam dengan masyarakat Cina.
Nga dipetik berkata pengecualian itu ditarik balik berikutan keputusan PRU-13 yang menyaksikan kaum Cina tidak menyokong BN menyebabkan kekalahan teruk parti itu.
Dr Zambry dalam reaksinya mengecam keras kenyataan Setiausaha DAP Perak itu kerana cuba memberi gambaran kepada rakyat bahawa Menteri Besar adalah seorang yang anti Cina.
Beliau menyifatkan kenyataan ADUN Pantai Remis itu sebagai terlalu rasis, keterlaluan, tidak bertanggungjawab dan chauvanistik.
“Dia sepatutnya bertanya ‘mengapa sekolah SUWA kini perlu bayar cukai tanah sedangkan sebelum ini ada pengecualian.
“Dan bukan pusing cerita dengan terus menerus menduduh saya mahu membalas dendam kerana mereka tidak sokong kerajaan,” katanya.
Menteri Besar berkata kenyataan Nga itu menunjukkan sikap sebenar pemimpin DAP itu yang langsung tidak ada rasa tanggungjawab terhadap kenyataan yang dibuatnya.
Dr Zambry memberi amaran kepada Nga supaya jangan cuba jadi hero kepada satu kaum sahaja bagi mengekalkan popularitinya kalangan kaum Cina.
“Sebagai pemimpin, you (Nga) kena jaga semua, apa you dapat sekiranya you popular untuk satu kaum sahaja. Dan saya sebagai Menteri Besar bertanggungjawab kepada semua kaum,” katanya.
Kerajaan BN selepas mengambil alih daripada kerajaan Pakatan pada 2009 telah memberi pengecualian cukai tanah kepada sembilan sekolah SUWA sebagai langkah menggalakkan bidang pendidikan di negeri ini.
Mengulas isu sama, Dr Zambry berkata beliau perlu mendapatkan maklumat lanjut dengan jabatan berkenaan sekiranya benar pengecualian itu telah ditarik balik.
“Saya akan periksa terlebih dahulu sekiranya benar perkara ini berlaku,” katanya.
Kenyataan Nga itu menimbulkan sedikit keraguan apabila pengurus sekolah Yuk Choy dan Poi Lam yang dihubungi media Cina menyatakan mereka keliru dengan kenyataan Nga kerana sehingga kini sekolah tidak menerima apa-apa surat menyurat yang menuntut pihak sekolah membayar cukai tanah.
No comments:
Post a Comment