Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil( NGO) merangkap DUN Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hasan bersyukur dengan kemenangan petisyen pilihan raya yang berpihak kepada Barisan Nasional (BN).
Menurut beliau, pihaknya tidak berasa gentar dengan petisyen yang dikemukakan kerana beliau amat yakin.
" Rakyat perlu akur dengan keputusan ini dan patuhinya agar kita dapat hidup dengan lebih aman di negara ini," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Notis 5A RPT Batu 2 (Tambahan) Jalan Bidor Tapah.
Tambahnya, beliau tidak mahu rakyat mencontohi apa yang telah berlaku di Mesir dan mahu rakyat mengambil iktibar di atas kejadian yang berlaku di sana.
Bagaimanapun, beliau menambah, rakyat tidak perlu sangsi dan mempertikaikan segala yang telah diputuskan oleh mahkamah kerana pihak yang terbabit telah melakukan keputusan yang terbaik.
Saturday, 17 August 2013
Syukur Kemenangan Petisyen Berpihak Pada BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment