Monday, 30 September 2013
TINDAKAN AMK SARAWAK MAHU RAKYAT PERGI KERJA JALAN KAKI ADALAH TINDAKAN BODOH
Sunday, 29 September 2013
GEMPAR …. Aaron Aziz Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Ski Di Switzerland?
Friday, 27 September 2013
Isteri Mat Yo buat Laporan POLIS Palsu?
HOTT!!!! KEMATIAN UST AZIZAN DISEBABKAN KERAJAAN UMNO ??
Menurut apa yang ditulis oleh penyokong Pas ini kerajaan Umno terpaksa bertindak demikian kerana gagal membayar gaji kakitangan Kuin serta arwah Ust Azizan menyimpan rahsia besar kerajaan...
Aku taktaulah apa agaknya rahsia besar KUIN yang disimpan oleh Ust Azizan, walhal dan hampir 4 bulan Arwah berada di Hospital antara sedar dan koma akibat kompilasi penyakit yang arwah hadapi.. Bayangkanlah takkan orang sakit masih nak fikir soal pentadbiran kerajaan sedangkan arwah bukan lagi Menteri Besar..
Untuk makluman si penyokong Pas diatas.. Kerajaan Kedah sekarang dah selesai semuamya pasal kakitangan Kuin.. Kuin tau bukan Insaniah holding sdn bhd.. Tak payah lah nak tuduh kata Umno punca kematian arwah.. Ajal maut ditangan tuhan..Mari kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah
Tribunal Rakyat atau Tribunal Syok Sendiri?
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digambarkan sebagai penipu, rosak dan korup, polis pula dipotretkan bersikap memihak dan zalim, mahkamah dicop sebagai perkakas kerajaan, dakwaan berlaku pembunuhan pekerja politik dan macam-macam lagi - pendek kata semuanya tidak kena, tidak adil - seolah-olah PRU13 adalah pilihan raya paling buruk dalam sejarah politik dunia.
Walaupun ahli-ahli panel tribunal itu dikenali sebagai individu yang rapat dengan perjuangan PR, tetapi saya mahu percaya bahawa rakyat teruja untuk melihat sejauh mana ia mengupas isu-isu pilihan raya secara adil.
Turut dijemput sebagai panel ialah tokoh dari negara Kemboja, Yas Pal Gai dan bekas Timbalan Pengerusi SPR Indonesia, Ramlan Subakti yang seolah-olah dipanggil untuk 'mengajar' Malaysia erti demokrasi. Saya tidak mahu mengulas tahap pendemokrasian politik di dua negara berkenaan, anda boleh 'google' dan nilai sendiri.
Suara Keadilan memetik kenyataan tiga Orang Asli yang memberi 'keterangan' dalam tribunal berhubung isu janji-janji pilihan raya - lantas kenyataan tiga orang ini diangkat sebagai bukti bahawa kerajaan pemerintah menindas dan menipu Orang Asli dalam pilihan raya.
Lebih mengejutkan, kes jenayah melibatkan seorang lelaki yang mati beberapa hari sebelum pilihan raya turut diheret ke dalam tribunal ini - menggambarkan PRU-13 dibayangi unsur-unsur jenayah politik. Maka, ibu mangsa 'dipanggil memberi keterangan'. Secara tiba-tiba tribunal itu berubah menjadi kamar mahkamah.
Akhbar berkenaan juga melaporkan bahawa Bersih akan memberi khidmat guaman percuma kepada mana-mana 'saksi' yang tampil pada tribunal berkenaan jika mereka menerima apa-apa ancaman. Hairan juga, kalau dikatakan mahkamah negara ini sudah korup, tidak adil dan memihak, apa gunanya hendak lantik peguam untuk saksi-saksi ini?
Kes dakwat kekal yang berkali-kali dijelaskan sebelum ini juga diungkit semula. Dihujahkan bahawa jika dakwat itu betul-betul kekal, PR sudah memerintah Malaysia saat ini.
Penganjur sepatutnya turut menjemput taiko-taiko PR seperti YB Anwar Ibrahim Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, DS Hadi Awang dan DS Nik Aziz Nik Mat sehinggalah pemimpim-pemimpin muda PR yang lain menang bergaya dengan majoriti yang besar di sebalik pelbagai dakwaan buruk yang dilemparkan kepada pihak pengurusan pilhan raya.
Jika PRU-13 adalah pilihan raya paling jelik dalam sejarah, pemimpin PR yang mendapat puluhan ribu majoriti patut dipanggil dan menjelaskan kenapa mereka mampu meraih undi begitu banyak sehingga ada antara mereka yang mampu mendabik dada menumbangkan tokoh-tokoh besar dalam kerajaan.
Sepatutnya panel dari Indonesia dan Kemboja patut diminta memberi pandangan mengenai kemampuan PR mempertahankan Pulau Pinang dan Selangor - dua negeri 'lubuk emas' yang sangat didambakan oleh kerajaan pemerintah - selain kemampuan PR mempertahankan pemerintahan selama 23 tahun di Kelantan. Adakah SPR di negeri terbabit juga berat sebelah, rosak dan korup?
Saya juga berasa aneh, dalam banyak perkara yang diulas dan dikupas dalam tribunal itu, tiada satu pun ahli panel yang bercakap fasal dakwaan DS Anwar mengenai 40,000 warga Bangladesh yang kononnya dibawa masuk untuk mengundi calon kerajaan pada PRU lalu. Setidak-tidaknya, rakyat mahu tahu di pusat pengundian mana 40,000 orang itu mengundi?
Juga, kenapa agaknya ahli panel terbabit tidak mahu mengulas mengenai dakwaan berlaku 'blackout' di pusat pengundian seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini? Kenapa YB2 PR yang bertegang urat leher bercakap mengenai dakwaan itu tidak dipanggil untuk turut memberi keterangan?
Kalau beginilah caranya tribunal ini dijalankan, pihak penganjur jangan marah jika ada rakyat yang tampil mengatakan bahawa ia bukan Tribunal Rakyat, tetapi Tribunal Syok Sendiri.
Isteri Mat Yo Tampil Mohon Maaf
Thursday, 26 September 2013
RON95 Naik Lagi?
KUALA LUMPUR – Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.
Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke
negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.
“Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah
di Malaysia,” kata beliau kepada Bernama.
Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.
Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.
Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.
Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.
Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.
PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc
VIDEO: ‘Orang Minyak’ Ditangkap Di Terengganu
VIDEO: Penguatkuasa DBKL Bergaduh Dengan Peniaga Sampai BUKA-BUKA Uniform!
GAMBAR GAMBAR TERAKHIR UST AZIZAN SEBELUM DIKEBUMIKAN
Wednesday, 25 September 2013
Siapa Yang Nak Lawan Timbalan Presiden UMNO Pulak Ni?
Awas... Agenda Cina ubah sejarah Tanah Melayu
Pada 15 September lalu, akhbar Nanyang Siangpau memaparkan pendapat tulisan individu bernama Phang Sin Cai yang mahu 'selarikan' sejarah orang Cina di Tanah Melayu.
Hujahnya tentang sejarah dapat mengeratkan hubungan dan perpaduan rakyat tentunya sesuatu yang baik untuk negara tetapi terdapat beberapa ayat membawa maksud tersirat yang diselitkan penulis dan boleh mengundang persoalan tujuan sebenar artikel itu dikongsi kepada umum.
Sin Cai membuat hujah persatuan Cina perlu 'menyelaraskan rekod sejarah' untuk tatapan generasi muda Cina khususnya di sekolah-sekolah vernakular, umpama rekod sejarah yang diajar di semua sekolah kini salah dan perlu 'diubah suai'.
Antara perkara yang menimbulkan persoalan termasuk cubaan penulis ini mengetengahkan 'pejuang daerah Setiawan' ketika isu Chin Peng mahu 'pulang' ke kampung halamannya itu menjadi perdebatan ramai.
Isu 'pejuang daerah' turut dikaitkan dengan penubuhan 100 tahun persatuan Cina, Sejarah Cheng Ho yang dikatakan menjangkau 600 tahun dan Bukit Cina, Melaka yang 'dikunjungi' jutaan pelancong dari China setiap tahun.
Adakah pendapatnya itu secara halus mahu menguatkan agenda segelintir pihak mahu menukar status orang Cina di negara ini juga sebagai kaum Bumiputera?
Ada yang akan katakan ini cuma 'terlebih sensitif' terhadap pendapat seorang individu Cina tetapi penulisannya tentang pepatah 'tiada orang Cina, tiada bandar', beserta petikan kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad yang didakwanya menyokong pepatah itu membuatkan artikelnya itu berubah nada.
Jika benar ini antara cara halus mengubah sejarah untuk 'menjadikan' orang Cina sebagai bumiputera, maka nyata dengan sengaja ia mengabaikan fakta bumiputera hanya untuk penduduk kepulauan Nusantara (Malay Archipelago) dengan sejarah cara hidup serta penempatan ribuan tahun, bukannya mereka yang berhijrah ke rantau ini 'ratusan' tahun dahulu.
Cubaan mengubah status orang Cina sebagai 'pribumi' juga umpama satu penghinaan kepada kaum Cina yang memegang teguh bahasa, budaya dan tradisi nenek moyang mereka yang diwarisi daripada sejarah lebih 2,000 tahun tamadun China.
Pengarah Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merangkap Ketua 1 Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar melihat usaha meletakkan orang Cina sama seperti bumiputera sebagai aneh.
Menurut beliau, fakta sejarah dan Perlembagaan sendiri boleh menyangkal keras usaha pihak terbabit kerana status bangsa, Raja-Raja Melayu, bahasa dan agama telah pun ditafsirkan.
"Orang Melayu contohnya, penting dalam sejarah asal Tanah Melayu dan warisannya diiktiraf Perlembagaan. Mustahil untuk mereka sangkal fakta ini mahupun untuk samakan (Bumiputera) dengan bangsa lain.
"Orang Melayu penduduk asal, ada sistem politik, pentadbiran kukuh dengan Raja, Bendahara, Temenggung dan sebagainya daripada rumpun kepulauan Melayu sementara orang Cina, peniaga yang berasal dari China, kelompok dari benua lain," katanya.
Beliau menjelaskan, bilangan penduduk Cina tidak ramai dan tidak memberi kesan dalam pentadbiran Tanah Melayu ketika itu dan hanya pada abad ke-19 barulah ramai orang Cina berhijrah ke sini sehingga membentuk kelompok sendiri dan menguasai ekonomi.
Tambahnya, orang Cina ketika itu dibawa masuk penjajah untuk membantu ekonomi orang Inggeris dan selepas merdeka, mereka mewarisi penguasaan ekonomi negara.
"Ketika kita dijajah, hanya ada Residen British dan pembesar Melayu, tiada pentadbir Cina. British juga hanya berunding dengan Raja-Raja Melayu dalam pentadbiran.
"Kumpulan penentang (komunis) di zaman Jepun juga bukan berjuang untuk negara tetapi mahu menyebar ideologi komunis dan membentuk negara republik dengan menghapuskan sistem Raja-Raja Melayu. Hanya MCA yang turut serta ke arah kemerdekaan," dakwanya.
Beliau berpendapat usaha mengubah status orang Cina sebagai bumiputera hanya untuk memporak peranda sejarah negara yang akhirnya akan membawa kepada pengiktirafan komunis dan Chin Peng.
Baginya, golongan tersebut bukannya mahu menegakkan demokrasi berperlembagaan tetapi mahu mewujudkan Republik Malaya dengan alasan hak asasi dan 'demokrasi bebas'.
Abdul Latiff menganggap tuntutan itu tidak rasional, dibuat golongan nasionalis sempit serta berharap tiada yang berkompromi dan menolak terus cubaan mengubah tafsiran bumiputera kerana ia boleh menghancurkan negara.
Beliau juga melihat orang Melayu yang menyokong agenda tersebut hanya untuk tujuan politik demi menarik undi orang Cina secara bermusim dan tidak akan berkekalan.
"Terima hakikat ada beza antara penduduk asal dan yang bukan, Perlembagaan menjaga pengiktirafan ini kerana tidak mahu pribumi tersia-sia di bumi sendiri.
"Pribumi sudah terima mereka dan berikan kerakyatan, maka mereka juga perlulah hormat apa yang sudah ditetapkan dalam Perlembagaan," jelasnya.
Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr. Zainal Kling pula menyarankan pihak yang mahu 'menulis semula' sejarah orang Cina di negara ini menerima dahulu yang buruk bersama yang baik, bukannya membuat tafsiran sendiri.
"Lahir di sini tidak memberikan hak kerakyatan, oleh itu tidak boleh kata penderhaka seperti Chin Peng sebagai pejuang. Jika mahu selaras sejarah, kena terima asas utama mereka bukan pribumi dan datang dari wilayah lain.
"Banyak juga fakta dalam sejarah yang kita tidak tulis seperti penjahat-penjahat berbangsa Cina yang kononnya pelombong, golongan gengster, pelacur, tauke penindas buruh Cina dari tanah besar China dan banyak lagi. Mereka kena terima fakta ini sama, bukan yang baik-baik sahaja," ujarnya.
Beliau turut mendakwa ideologi komunis dikembangkan di Tanah Melayu sebelum merdeka kerana mahu membalas dendam terhadap Jepun yang menakluk sebahagian wilayah China pada 1931 dan bukannya untuk perjuangkan kemerdekaan negara.
Selain itu, beliau memaklumkan sejarah menunjukkan orang Cina menjadi tali barut Portugis menyerang Melaka dengan memberi tongkang mereka kepada tentera penjajah dan membantu British hingga berjayanya Perjanjian Pangkor.
"Mereka kena terima semua fakta ini dahulu, janganlah buat tafsiran sendiri, ambil sejarah yang baik sahaja," jelas Zainal. -Utusan
Bekas MB Kedah Azizan Razak meninggal dunia
GARA GARA TERLEBIH UBAT KUAT " ANU " BEKAS AHLI POLITIK TERPAKSA DIPOTONG !!!
Gara-gara mengambil dos Viagra secara berlebihan untuk menarik perhatian teman wanitanya, seorang bekas ahli politik menerima padah selepas doktor terpaksa memotong zakarnya.
Hasil pemeriksaan doktor di sebuah hospital di Neiva (Colombo) mendapati zakar bekas ahli politik dari Gigante berumur 66 tahun itu telah patah dan mengalami keradangan.
Difahamkan, prosedur itu terpaksa dilakukan kerana mangsa mengalami ereksi selama beberapa hari akibat ubat kuat tersebut.
Doktor juga mengesahkan keadaan kesihatan lelaki tersebut semakin pulih selepas menjalani pembedahan itu, dipetik dari laporan DailyMail.