Wanita ini adalah seorang graduan UiTM - institusi pendidikan yang ditubuhkan untuk melahirkan cerdik pandai Melayu sejak 1967.
Dyana Sofya Mohd. Daud yang juga menjadi Setiausaha Politik kepada bos DAP Lim Kit Siang, mencadangkan supaya UiTM yang sebelum ini dikhaskan kepada Melayu, dibuka kepada semua tanpa mengira kaum.
Kerana cadangannya itu, ada yang menggelar Dyana sebagai orang lupa daratan. Ada juga yang menggelarnya 'pengkhianat' Melayu.
Bila ditanya orang Melayu marah-marah fasal cadangannya itu, peguam muda itu kata "Saya tidak terganggu, saya selalu lihat diri saya sebagai orang Malaysia." Seolah-olah perkataan 'Melayu' itu tidak ada apa-apa baginya.
Dyana mungkin lupa nama 'Melayu' itulah yang membolehkan beliau memasuki UiTM - intstitusi keramat orang Melayu - yang melahirkan cerdik pandai Melayu sehingga orang sepertinya mampu gah berdiri sama tinggi, sama rendah dengan bangsa lain di banyak syarikat-syarikat swasta.
Dyana juga mungkin lupa, DAP, parti tempat dia bernaung itulah yang sejak bertahun-tahun lamanya bertungkus-lumus menidakkan kepentingan Melayu, malahan berkali-kali menyerang dan mempersoalkan kedudukan Melayu dalam Perlembagaan.
Tahukah Dyana, banyak kampung-kampung Melayu di Pulau Pinang, negeri yang dikuasai anak bosnya, Lim Guan Eng kini terancam atas alasan pembangunan, malah mungkin lenyap tidak lama lagi?
Tahukah Dyana, Lim Guan Eng pernah angkuh tanpa rasa bersalah pernah mendesak kerajaan supaya kalimah Allah digunakan untuk orang bukan Islam?
Kita tahu Dyana peguam dan sangat dekat dengan perjuangan hak asasi dan prinsip kesamarataan, tetapi takkan semua kepentingan orang Melayu yang dipertahankan sejak bertahun-tahun oleh pemimpin terdahulu, kini mahu dikongsi dan disamaratakan kepada semua.
Kalau soal perpaduan menjadi alasan hingga Dyana keluarkan cadangan dangkal itu, saya minta nasihatkanlah dahulu bosnya, Kit Siang n the geng supaya berhenti mempersoalkan kepentingan Islam dan orang Melayu.
Saya nak tarik perhatian apabila kerajaan mencadangkan supaya semua pelajar tanpa kira kaum diletakkan di bawah sekolah satu sistem untuk galak perpaduan kaum, DAP adalah parti pertama yang tampil dengan lantang menolak dan menghalangnya.
Sekolah satu sistem juga ditentang habis-habisan oleh kumpulan pelampau Cina, Dong Zong yang diketahui sangat akrab dengan DAP dengan ada pemimpin kumpulan itu pernah mengatakan "langkah mayat kami dahulu."
Jadi saya mahu tanya, perpaduan apa yang Dyana maksudkan apabila mencadangkan UiTM dibuka untuk semua kaum?
Mereka sudah merasai sedikit nikmat kuasa politik dengan memecahkan orang Melayu, mereka menyerang pegangan akidah orang Islam sehingga orang Melayu juga berantakan lantaran berbeza kabilah politik, mereka menyerang institusi Melayu dan menyerang kepercayaan terhadap fakta-fakta sejarah yang menyaksikan Melayu juga bercakaran sesama sendiri.
Tetapi kali ini mereka lebih 'advance'. Mereka menyerang kepentingan agama dan bangsa Melayu dengan menggunakan 'orang Melayu'.
No comments:
Post a Comment