Sunday, 8 September 2013

Si Pengkhianat Melayu Dyana Sofya Cadang UITM Dibuka Pada Semua Kaum


Tiada kata yang mampu diucapkan ketika baca artikal perempuan bernama Dyana Sofya Mohd Daud. Ada ke patut dia secara terbuka mencadangkan agar UiTM dibuka kepada semua kaum dengan alasan “golongan bukan Melayu perlu ada peluang sama seperti orang Melayu.

Bagi saya ini satu kenyataan yang biadap serta kurang ajar dan kenyataan ini tidak sepatutnya keluar dari mulut graduan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu sendiri. Saya rasa malas nak ulas lebih panjang kerana lagi saya ulas, lagi sakit hati. Korang baca la kenyataan beliau dibawah. 

Dyana tidak kisah digelar ‘pengkhianat’ Melayu 

KUALA LUMPUR: Wanita ini pernah mencuri tumpuan apabila kemasukannya ke dalam DAP diumumkan sendiri oleh Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dalam satu sidang media khas menjelang pilihan raya umum baru-baru ini. 

Dyana Sofya Mohd. Daud yang dikatakan berasal dari keluarga yang aktif dengan UMNO, kini merupakan Setiausaha Politik Kit Siang di Parlimen Gelang Patah selepas pemimpin verteran UMNO itu menang pada pilihan raya umum lalu. 

Baru-baru ini, Dyana yang juga graduan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencetuskan polemik baru apabila secara terbuka mencadangkan supaya UiTM dibuka untuk semua kaum. 

“Golongan bukan Melayu perlu ada peluang sama seperti orang Melayu. 

“Sebuah institusi pengajian tinggi yang menerima kemasukan golongan bukan Melayu dan pada masa yang sama mereka hanya perlu membayar yuran yang sama seperti yang kita bayar di UiTM,” katanya dalam wawancara dengan portal Malaysiakini baru-baru ini. 

Dyana dipetik portal itu sebagai berkata, sudah sampai masanya sistem pendidikan di Malaysia bergerak melangkaui garis perkauman dan diacu berasaskan keperluan. 

Bercakap mengenai gelaran ‘pengkhianat’ dari pemimpin dan rakan Melayu berikutan tindakannya menyertai DAP dan mencadangkan supaya UiTM dibuka untuk semua kaum, Dyana berkata, semangatnya tidak terganggu. 

“Saya tidak tersinggung dengan gelaran pengkhianat,” katanya sambil menambah bahawa beliau sentiasa melihat dirinya sebagai orang Malaysia. 

Dalam wawancara itu, Dyana juga menceritakan tanggungjawab barunya di Gelang Patah yang tidak pernah sunyi daripada cabaran menguruskan stigma sebahagian orang Melayu Johor yang masih curiga dengan DAP. 

Beliau dan dua lagi staf pejabat anggota parlimen Gelang Patah pernah dihalau dari sebuah kampung awal Jun lalu walaupun mereka ke situ untuk mendapatkan butiran masalah penduduk setempat bagi pihak Kit Siang. 

“Selepas menang, kami ada menerima panggilan dari penduduk sebuah kampung yang mahu mengadu masalah status tanah yang mereka duduki. 

“Sampai di sana ketua kampung datang bertemu kami dan menarik tangan saya dan menyuruh saya balik. Dengan telunjuk betul-betul di depan muka saya dia kata: Kami ada menteri besar kami dan tak perlukan kamu,” katanya. 

Pelbagai pihak termasuk Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar sebelum ini mengecam kenyataan Dyana yang disifatkannya “tidak kenal sejarah” dan menjadi mangsa diperalat DAP apabila mencadangkan UiTM dibuka untuk semua kaum. 

Noh berkata, Dyana seharusnya memahami falsafah penubuhan UiTM yang diasaskan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) sambil menggesa gadis itu menelusuri sejarah penubuhan DAP yang diasaskan oleh PAP di Singapura. 

“Dia harus faham asal-usul DAP. Tunku Abdul Rahman sendiri sanggup keluarkan Singapura dari Malaysia. Slogan ‘Malaysian Malaysia’ yang dilaungkan PAP jelas bertentangan dengan prinsip negara kita. 

“Kenyataan sebegini berbentuk perkauman. Dia tidak faham sejarah, sebab itu tiada semangat patriotik. UiTM jelas dilindungi Perlembagaan dalam Perkara 153. Ini hak kita dan jangan pertikaikan,” katanya seperti dipetik portal The Malaysian Insider. 

Menurut Noh, kaum Melayu banyak berkorban untuk kaum lain sebagai contoh kuota Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) turut diberikan kepada pelajar bukan Melayu. 

Sementara itu, Ahlis Majlis Tertinggi Umno yang juga bekas timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah turut senada dengan Noh sambil menjelaskan objektif penubuhan UiTM bagi membantu pelajar Bumiputera khususnya dari luar bandar. 

Beliau berkata, keistimewaan UiTM tidak perlu dipertikaikan kerana masih ada 19 institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang terbuka kepada semua kaum dan tidak dihadkan kuota kemasukannya. 

“Hujah sesetengah pihak yang mengatakan kemasukan sebilangan kecil pelajar bukan Bumiputera ke dalam UiTM dapat mempengaruhi kecemerlangan pelajar Melayu tidak disandarkan kepada bukti saintifik. 

“Banyak institusi yang tertumpu kepada satu kaum sahaja namun boleh berjaya. Sebagai contoh, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Kolej Tunku Kursiah banyak menempa kejayaan meskipun didominasi pelajar Melayu,” katanya. 

Beliau berkata, pihak yang mendakwa UiTM terdiri daripada pelbagai kampus cawangan perlu melihat isu itu secara rasional kerana kaum Melayu tidak pernah mempertikaikan parti bukan Melayu menubuhkan kolej atau universiti mereka sendiri. 

Bekas Naib Canselor UiTM, Tan Sri Ibrahim Abu Shah pula dengan lantang membangkang cadangan yang dikemukakan Dyana sambil meminta pihak yang masih mempertikaikan isu tersebut melihatnya secara rasional. 

Beliau berkata, pelajar Bumiputera masih menjadi kumpulan yang ketinggalan di belakang jika dibandingkan dengan pencapaian kaum lain. 

Katanya, nisbah pelajar Melayu yang mengikuti bidang pengajian kritikal juga masih berada pada tahap rendah maka UiTM adalah institusi bagi mewujudkan keseimbangan tenaga pakar di Malaysia. 

“Kaum lain juga ada institusi mereka sendiri maka tidak perlu diganggu UiTM. Justeru, saya melihat perkara berkenaan bukan satu keperluan dan saya minta bidang pendidikan, jangan dipolitikkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment